in

“Nak kerja dekat istana!” – Raja Permaisuri Agong Masak Sotong & Ketam Untuk Pekerja Istana, Netizen Pakat Terliur…

Tuanku Permaisuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti semua sedia maklum, DYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ialah seorang yang baik hati dan gemar menjamu selera pekerja istana dengan makanan daripada air tangannya sendiri.


Baru-baru ni, tuanku ada membuat kejutan di Twitter peribadi miliknya dengan memuat naik gambar masakan yang telah dimasak oleh tuanku sendiri kepada pekerja istana serta bodyguard baginda. 

 

“Sotong hitam dan masak lemak ketam daun munggai untuk pekerja istana dan BG” 

Menerusi perkongsian tersebut, baginda memberitahu bahawa beliau telah pun memasak hidangan sotong hitam dan masak lemak ketam daun munggai kepada para pekerja istana dan bodyguard yang menjaga baginda. 

Lebih menyeronokkan, masakan tu pulak katanya untuk piknik di Pantai Balok. Wah-wah tuanku seronoknyaaa! 

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1162236165392498689

Bagi yang tak tahu, sotong hitam tu masakan orang Johor tau! Sempat lagi tuanku berseloroh pasal ‘daun ketum’ ye! 

 

“MashaAllah… teringinnya nak makan masakan Tengku Permaisuri” 

Rata-rata netizen yang melihat tweet tersebut berasa terliur melihat kesedapan masakan tuanku dan berharap dapat menikmati masakan air tangan baginda satu masa nanti. Untung pekerja istana ye, dapat merasa air tangan tuanku siap piknik lagi! 

Sedap
sumber: twitter

 

“Boleh tak saya nak kerja dekat istana?” 

Istana
sumber: twitter

Alahai untung sungguh ye pekerja istana dapat Tuanku Permaisuri yang baik hati macam ni. Admin rasa macam nak apply kerja dengan istana je sekarang. Dapatlah merasa air tangan tuanku yang sedap-sedap ni! 

Baca: Sambil Makan Pisang Goreng & Durian, Raja Permaisuri Agong Sempoi Je Mencemar Duli Join IG Live Pereka Fesyen Rizalman!

Rizalman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.