in

Sambil Makan Pisang Goreng & Durian, Raja Permaisuri Agong Sempoi Je Mencemar Duli Join IG Live Pereka Fesyen Rizalman!

Permaisuri Rizalman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keperibadian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang peramah, merendah diri dan sangat ‘sempoi’ digemari rakyat jelata tanpa mengira kaum dan agama.


Baru-baru ini, Raja Permaisuri Agong mencuri perhatian netizen di media sosial apabila baginda telah mencemar duli untuk mengadakan IG live bersama pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim semalam. 

 

Raja Permaisuri Agong tiba-tiba sapa Rizalman di IG live!

Pada awal siaran langsung di Instagram tersebut, Rizalman pada asalnya bercerita dengan pengikutnya mengenai pengalaman menguruskan balairung seri dan busana Tunku Azizah untuk Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 lalu.

Namun secara tiba-tiba tuanku menyapa Rizalman di bahagian komen dan seterusnya berkenan untuk mencemar duli di IG live tersebut bersama anakandanya, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sambil santap durian dan pisang goreng. Waaah! 

Screenshot 20190802 094835 Com.instagram.android

Screenshot 20190802 094903 Com.instagram.android
sumber: instagram

 

“Nak jadi isteri Tengku Hassanal kena pandai makan durian, gulai tempoyak…”

Dalam pada itu, Raja Permaisuri Agong sempat bergurau mengenai anakandanya, Tengku Hassanal yang sejak akhir-akhir ini menjadi tumpuan ramai kerana ketampanan ketika di hari pertabalan lalu.

“Siapa hendak jadi isteri Tengku Hassanal kena pandai makan durian, gulai tempoyak dan kena siapkan pakaian anakanda saya dari kepala sampai kaki, sebab dia (Tengku Hassanal) sekarang saya yang uruskan semua,” titah Raja Permaisuri Agong.

https://www.instagram.com/p/BtNe36bHi0W/

Sesi IG live itu kemudian terputus selama beberapa minit kerana gangguan teknikal. Apa-apapun netizen yang mengikuti sesi live tadi ternyata teruja dan seronok mendengar celoteh Raja Permaisuri Agong dan Rizalman.

Berikut video yang sempat dirakam netizen: 

https://www.facebook.com/bujanglapok2.6b/videos/494844477932307/?__xts__[0]=68.ARAShYpBefN1JXcW3cw1EPWja1IedF6Kqc-7W0wJmg_yVrzQ4mPeAMNCO_fyMaz1w7z-R4BZHLDvlJUTDFEBGGwzowCFWYzbMfQYQYWghoGB7tioJkmkIyM8JYHCa_XN1NbsMblgEBHXrihviL9YcDQM7Y82Wral2HaB4yWWyWnzdDR-Zass2q1l3cjyF_XlJnlUanEMHNC4aSHIxNXMc0osxzcHCoNgtbpjQ6R1jJgCGUlN4Q9MbXBBh18_vcNrLNLYLlGVL5ABo45UyrvyvqgsfyPwkDQPv7V_wgVXqhaH5IUDcxIAr9yKWPSSoCAsd5nhQ5pbFbEBpILCKC4srywHzbr5VwPnAo4&__tn__=-R

Alahai bestnya tengok gelagat permaisuri dan Rizalman ni! 

Baca: “Relationship goals betul, Tuanku” – Netizen Tersengih Tengok Aksi Comel Spontan Raja Permaisuri Agong

Sweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.