Kadang-kadang kita mesti ada dengar kisah malang individu sebelum membuat ikatan sah perkahwinan pasangan mereka, paling kerap ia dapat tahu bahawa bakal pasangan kita itu rupanya suami/isteri orang.
Oleh sebab itu, penting untuk kita semak status perkahwinan mereka, malah dapat juga disemak jika si dia itu ada rekod jenayah.
Jadi, pendedahan daripada @faiqfikrey mengenai semakan status perkahwinan dan jenayah menerusi laman E-Syariah ini mungkin dapat membantu anda yang bakal melangsungkan perkahwinan nanti.
1. Pergi ke laman E-Syariah dan rujuk ke bahagian ‘Semak Status’
2. Pilih bahagian yang nak semak
Pilih samada nak ‘Mal’ atau ‘jenayah’. Mal untuk kes kes kahwin, anak luar nikah atau sebagainya. Jenayah, untuk kes jenayah.
3. Contoh
Walaubagaimanapun, ada pihak menyatakan bahawa jenayah yang dimaksudkan itu bukanlah kes-kes sivil seperti mencuri, dadah dan membunuh, tetapi ia berkaitan dengan jenayah yang melibatkan mahkamah Syariah iaitu, ditangkap berkhalwat, berzina, minum arak, tak berpuasa dan sebagainya.
Baca : “Itu style je lebih” – Pengguna Twitter Kongsi Cara Semak Pelitup Muka Palsu