in

“Nak jual boleh, tapi ikut SOP!” – PDRM Benarkan Penjualan Bunga Api Sempena Raya

Cats 120

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ini bukan prank ye, ini betul-betul!


Dalam satu laporan oleh Berita Harian baru-baru ini ada mengatakan yang pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) benarkan 36 jenis bunga api jenis ‘Happy Boom’ dan ‘Pop-pop’ untuk dijual sempena sambutan Hari Raya Aildilfitri tahun ini dengan syarat semua penjual dan peniaga perlu mengikuti dan patuhi segala peraturan yang ditetapkan.

Mercun

 

Secara dasar, kelulusan untuk mengimport, menyimpan dan jualan secara umum telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sempena musim perayaan di negara ini.

Akta Bahan Letupan Masih Berkuatkuasa

Korang perlu ingat, walaupun ada kelulusan untuk menjual menyimpan dan sebagainya, Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) masih berkuatkuasa. Dalam erti kata lain, larangan bermain mercun dan bunga api yang diputuskan pada 1995 oleh kerajaan masih digunapakai sehingga kini.

Kalau syarat dilanggar, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Selain 36 jenis bunga api sahaja, kebenaran jualan ini hanya dibenarkan untuk tempoh 30 hari sahaja iaitu 15 hari sebelum perayaan, dan 15 hari selepas.

Mereka yang ingin menjual perlu mempunyai lesen sah SSM, permit PDRM dan merupakan rakyat tempatan.

222

Untuk kali ini, peniaga kecil dan bazar juga dibenarkan untuk menjual bunga api ini dengan syarat mempunyai tempat simpanan yang selamat dan diperakui oleh Bahagian Persenjataan PRDM selain perlu juga mendapat kebenaran seperti permit, lesen, kupon atau surat rasmi dari pihak berkuasa tempatan (PBT) dan PDRM.

Senarai Bunga Api Yang Dibenarkan

Selain Pop-pop, 35 jenis bunga api jenis Happy Boom yang dibenarkan dijual ialah Happy Boom: Glow of Sunset, Sunset Bar, Glories, Flower Silver Cracking Rain, Birthday Candle, Dush 20 (Roman Candle), Dush 30 (Roman Candle), 10 Shoots (Roman Candle), 8 Shoots Roman Candle (New) dan Happy Boom Sun Sparkles.

Happy Boom: Colour Sun Sparkle (18 inci besi warna), Fountain, Happy Boom 10 inci Ice Cream (Fountain), 15 inci Ice Cream (Fountain), 13 inci Conic (Fountain), Mini Ice Cream (Fountain), Peacock Fountain, Happines Fountain, Ground Boom Flower dan Happy Boom Camelia Flower.

Selain itu, Happy Boom: Firework, Pili Cracker, Pili Cracker 3 Minutes, Moon (Rockets), Thunder Clap (Rockets), Top Gun (UFO), Top Gun, Sky Dragon (New), Happy Boom 14 inci besi, Bee, Mancis, Cili Padi, Party Pooper, Banana Kecil dan Happy Boom Banana Rain.

Larangan Jualan 

Walaupun ada kebenaran, 3 kategori ini tergolong dalam larangan dalam SOP penjualan bunga api ini iaitu :

  1. Jualan online / aplikasi media sosial
  2. Pengusaha kedai makan / restoran
  3. Jualan kepada pembeli bawah 18 tahun

Sumber : Berita Harian

Baca : “Asal raya je ada orang b***h selfish!” – Ezzaty Abdullah ‘Sound’ Orang Main Mercun Tengah Malam

Raya

Sumber: MyNewsHub
Sumber: PPIM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.