in

“Nak jaga perasaan isteri” – Faizal Tahir Dedah Alasan Tak Buat Lagu ‘Jiwang’

Faizal Tahir Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini penyanyi dan komposer Faizal Tahir dilihat lebih banyak mengeluarkan lagu berunsur kerakyatan dan santai berbanding lagu ‘jiwang’ atau bertemakan cinta yang cukup sebati dengannya.

Faizal mengakui pada usia 45 tahun sekarang ini, lagu-lagu bertemakan cinta sudah tidak kena dengan jiwanya dan melihat genre-genre santai lebih bersesuaian.


Artikel berkaitan : Jemput TokTi Naik Pentas, Faizal Tahir Dedah Suara Misteri Disebalik Lagu ‘Karma’

Berkongsi semasa ditemui sebaik sahaja selesai konsert ‘Aku Faizal Tahir’ di Kuala Lumpur baru-baru ini, Faizal berkata, status sebagai suami dan bapa kepada tujuh orang cahaya mata juga membuatkan beliau lebih peka dengan muzik yang ingin dihasilkannya kepada pendengar.

375259208 843432443808630 4515640221522769620 N

Tambahnya lagi, dia mahu karya yang dihasilkannya lebih ‘mesra’ dan dekat dengan anak-anaknya yang sedang meningkat usia.

Artikel berkaitan : “Luar bidang kuasa saya” – Faizal Tahir Perjelas Isu Tiket Konsert Dikatakan Mahal

Jelasnya lagi, walaupun dia tidak akan dapat bersama mereka selamanya, namun nasihat yang dititipkan menerusi lagu diharapkan akan terus menjadi ingatan buat mereka.

“Keluarga sayalah yang menjadi penentu kepada lagu yang bakal dihasilkan”

Faizal turut mengakui produk atau lagu keluarannya lebih ringan, santai dan mengandungi unsur nasihat agar ia boleh dijadikan contoh yang baik kepada anak-anak.

Pun begitu, penyanyi dan komposer berkenaan memaklumkan syarat tersebut hanyalah untuk dirinya dan tidak dikenakan kepada lagu yang dihasilkan buat penyanyi lain yang menurutnya sedikit bebas dalam berkarya dan lebih kreatif.

Sumber : mStar

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.