in

“Nak hisap rokok ukur 3 meter dulu, ngam..okay hisap rokok”-Netizen Geli Hati Gelagat Perokok Bila Tak Boleh Merokok Kat Kedai Makan.

Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula 12 tengah malam tadi, semua premis makanan di negara ini telah diwartakan sebagai tempat larangan merokok.


So pastinya ini bukannya satu berita baik khususnya kepada perokok-perokok tegar di luar sana.
Selepas sahaja ia dikuatkuasakan, maka banyaklah pihak yang telah bersuara dan membahan ‘isu’ tersebut.

Salah satu adegan yang mencuit hati netizen dan menjadi viral di media sosial ialah gelagat lelaki menggunakan pita ukur bagi mengukur jarak meja makannya dengan lokasi yang dibolehkan merokok, iaitu 3 meter..tudia membahan..

Guna pita pengukur untuk ukur jarak 3 meter dari kedai makan.

Dalam video berdurasi 22 saat itu yang dimuatnaik di facebook itu memaparkan gelagat seorang lelaki membantu rakannya memegang pita ukur bagi mengukur jarak 3 meter dari kedai makan tersebut, manakala seorang lagi berperanan sebagai tukang rakam dan pencerita.

Malah kedengaran jelas, suara si perakam yang menyatakan perlu berada 3 meter dari kedai makan untuk merokok..korang bab ni memang expert kan.

Kawan-kawan yang nak hisap rokok kena duduk jauh-jauh 3 meter, ukur ngam! Hisap rokok..Haa Baru boleh hisap rokok kan. Tuan kedai pun tak kasi rokok kan.”

Katanya Nak Rokok Ukur Dulu Pakai Pita Pengukur…. ??? Haha Ade Je Idea Selagi Nak Merokok Kan…Kalau Macam Nie Lepas ker…

Posted by Viral Media Johor on Tuesday, January 1, 2019

Netizen yang menyaksikan video tersebut rata-rata geli hati dengan geng-geng perokok ni yang ‘mengikut’ seruan kerajaan untuk berada 3 meter dari kedai makan.

Yelah kan, siapa nak bayar denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun? Banyak tu.

Untung sape jual pita pengukur…

Untung Org Jual Pita Pengukur Ni

Baru tak kena saman…

Bole Kot Mcm Ni

Esok boleh cuba kat mamak..

Org Malaysia Memang Suka Menganjing

Harga pita pengukur mula meningkat…

Harga Pita Pengukur Mula Meningkat

Tapi tak semua yang terhibur dengan gelagat tersebut, ada sebahagian yang merasa tindakan yang dilakukan mereka di dalam video tersebut tidak patut kerana tidak prihatin dengan individu yang tidak merokok.

Selain berpendapat, mereka sepatutnya menyahut seruan kerajaan bukannya ‘menganjing’ pewartaan larangan merokok tersebut..betul jugak kan.

Bila otak dah penuh sangat dengan asap rokok, tu jadi ngok.

Bila Otak Dah Penuh Asap Rokok Tu Yg Jadi Ngok Tu

Kalau bercakap dengan perokok ni memang takkan menang!

Kalau Bcakap Dgn Perokok Ni Xkan Menang Ade Je Hujah Dorg

Pikir sendiri lah, masing-masing ada akal…

Pikir Sendiri La Masing2 Ada Akal

Admin bukannya doktor nak bagi nasihat semua, tapi bagi admin perokok di luar sana kalau nak merokok pun kena la respect orang sekeliling jugak kan, fikir-fikir lah okay.

Baca : Paru-Paru Anak Kecil Ini Dijangkiti Kuman Disebabkan Sikap Perokok Yang Tak Ada Otak

Perokok3

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.