in

“Tunggu kerajaan lambat”- Syed Saddiq Umum Pakej Bantuan Khas Untuk Rakyat Muar, 100% Dari Gaji Bulan Jun & Hasil Niaga

Cats 104

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan pengumuman kerajaan untuk laksanakan ‘Total Lockdown’ pada Selasa ini, rakyat mula risau tentang status kewangan masing-masing. Cukup ke duit nak bayar itu ini? Cukup ke nak beli barang keperluan? Sememangnya situasi ini merisaukan ramai orang.


Rakyat semestinya mengharapkan bantuan diberikan daripada kerajaan tetapi sehingga kini masih belum ada apa-apa pengumuman tentang perkara tersebut.

 

Pakej bantuan untuk rakyat Muar

Seolah-olah faham kerisauan yang melanda rakyat, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengumumkan melalui akaun Twitter miliknya baru-baru ini mengenai bantuan khas yang akan diberikan kepada penduduk Muar.

“Nak tunggu kerajaan umum bantuan rakyat, lambat sangat.”

Melalui Pakej Bantuan Khas Muar SEJIWA yang akan diberikan, Syed Saddiq memaklumkan yang bantuan ini memfokuskan kepada aspek pendidikan, FoodBank dan vaksinasi Muar.

 

100% dari gaji bulan Jun, hasil berniaga dan orang ramai

Melalui pakej bantuan ini, dia menyenaraikan bantuan yang akan dihulurkan khas buat rakyat Muar.

Antaranya pemberian 300 tablet kepada pelajar Muar serta insentif pengangkutan dari Muar ke Johor Bahru untuk rakyat Muar mengambil vaksin AstraZeneca. Bukan itu sahaja, subsidi Ujian Saringan RTK COVID-19 juga akan diberikan untuk beri peluang kepada orang ramai buat swab test.

Ahli Parlimen Muar ini juga beritahu yang dana untuk bantuan yang dihulurkan ini datang daripada gaji bulan Jun dia sebagai Ahli Parlimen Muar dan juga hasil dia menjual Kurta Syed Saddiq serta merchandise Jalan Tegak. Bukan itu sahaja, sumbangan orang ramai turut membantu dalam menjayakan bantuan yang bakal diberikan ini.

E2Slpx8Uyag36De

“Ramai lagi yang susah, lapar dan sakit di sini. Saya cuba bantu selagi boleh bantu”

 

Siap ada yang nak pindah Muar

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Syed Saddiq untuk bantu kurangkan beban rakyat di Muar. Bukan itu sahaja, ada juga yang komen cakap nak pindah Muar tiba-tiba.

“Nak pindah Muar boleh tak yb?”

Fdfdfd

Bjb

Selagi boleh tolong kita tolong. Betul tak? Harapnya lebih banyak pemimpin yang macam ni dalam negara kita. Mantap la YB!

 

Sumber: Syed Saddiq

Baca:”Sekejap macam ini, sekejap macam itu “- Syed Saddiq Pelik Dengan Cara Menteri Laksanakan PKP

Capture 81

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.