in

Najib Tarik Balik Dakwaan Rasuah Terhadap Hakim Yang Jatuhkan Hukuman 12 Tahun Penjara Ke Atasnya

Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi afidavit yang difailkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu telah menarik balik tuduhan rasuah yang dibuat ke atas Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, lapor Berita Harian.


Untuk pengetahuan korang, Nazlan merupakan hakim yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta.

“Untuk rekod, saya secara mutlak menarik balik apa-apa tafsiran kepada apa yang saya nyatakan yang mungkin dianggap membawa maksud bahawa Yang Arif Mohd Nazlan sudah disiasat atas kemungkinan rasuah.

“Berkenaan dakwaan rasuah, saya sekali lagi menyatakan bahawa saya menarik baliknya.”

Najib 12

Bagaimanapun, Najib tetap menegaskan bahawa ada bukti tambahan yang menunjukkan terdapatnya konflik kepentingan oleh hakim tersebut sehingga menyebabkan beliau meminta untuk perbicaraan semua dibuat bagi keseluruhan kes SRC.

Afidavit yang dibuat oleh Najib ini adalah respon kepada afidavit yang dibuat oleh pihak pendakwaan pada 21 Julai lalu menyatakan bahawa dakwaannya ke atas Nazlan adalah cubaan terdesak Najib untuk membatalkan perbicaraan.

Justice Nazlan Takes His Oath As Coa Judge 20220204183639 Theedgemarkets

Sebelum ini, Nazlan juga telah membuat laporan polis pada 21 Julai lalu terhadap artikel yang dikeluarkan oleh satu portal berita dengan tajuk “Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account”, sekaligus mendakwa hakim ini disiasat atas dakwaan terdapat pemindahan wang ke dalam akaun banknya.

Nazlan telah menafikan tuduhan ini dengan menyatakan ia mempunyai niat untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan untuk mengganggu sistem keadilan dan institusi kehakiman.

Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 hari bermula 15 Ogos ini untuk mendengar rayuan terakhir Najib berhubung kes SRC.

 

Baca: Gelagat DS Najib Berlakon Jadi Tun Razak Siap Pakai Rambut Palsu Tarik Perhatian Netizen

Screenshot 2022 08 10 At 12.00.52 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.