Beberapa hari ini banyak yang berlaku di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Jumlah hutang negara, nama agensi kerajaan yang akan dibubar, mesyuarat pertama ahli Kabinet, semuanya dimaklumkan kepada rakyat. Sebagai rakyat, wajar untuk kita tahu hal ehwal dalam negara. Namun rupanya ada yang tak berapa setuju dengan cara kerajaan baru ni.
Menurut Malaysiakini, bekas Perdana Menteri Najib Razak menegur tindakan kerajaan PH mengumumkan hutang negara. Bekas Presiden UMNO itu mendakwa bahawa hutang negara yang diumumkan adalah lebih tinggi dari angka rasmi dan ini boleh mengejutkan pasaran kewangan.
Najib percaya pengumuman bahawa nisbah hutang negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 65 peratus dan hutang negara lebih RM1 trilion tanpa memberikan sebarang perincian menyebabkan pasaran kewangan terganggu.
Bekas Pengerusi Barisan Nasional itu juga berpendapat tindakan seperti itu akan mencemaskan agensi penarafan kredit dan keyakinan pelabur terhadap Bank Negara. Najib turut memberikan contoh bahawa Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 40.78 mata (iaitu sebanyak 2.21 peratus) sedangkan Bursa Saham Indonesia naik 0.71 peratus.
“Sudah pasti kejatuhan itu menjejaskan dana-dana kira seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Perbadanan Nasional Berhad, selain merendah kadar dividen untuk anggotanya tahun ini,” kata Najib.
Beliau turut mengingatkan menteri-menteri baru di bawah Pakatan Harapan bahawa kenyataan mereka sekarang akan memberikan kesan yang berbeza, tidak seperti sebelum ini.
Semalam ahli Kabinet kerajaan PH baru je meeting yang pertama. Sama-sama kita beri mereka peluang dan masa untuk buktikan kemampuan meneraju negara.
Baca: RM109 Juta Dalam 27 Bagasi Najib