in

“Naikkan nama dan lagu baru” – Pengurus Akui Kontroversi Lonjak Nama Da’i Syed, Rancang Penjenamaan Semula

Ft Syed 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Da’i Syed yang didakwa atas tuduhan merogol, seks luar tabii dan mencabul dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM35,000 yang selesai dibayar oleh dua orang penjamin. Wartawan mStar yang berada di mahkamah ketika itu sempat menemu ramah pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar tentang perkembangan dan perancangan pihak pengurusan di masa hadapan.


Syed0

Kata Aizat, kontroversi yang melanda Syed itu sedikit sebanyak telah membantu menaikkan namanya sehingga menjadi lebih terkenal dan masyarakat kini lebih kenal dengannya.

Kalau tanya adakah kontroversi ini membantu menaikkan namanya dan lagu terbaharu. Saya akui ya, sebab sebelum ini ramai yang tak kenal tapi selepas isu ini (kes mahkamah) makcik kantin di sini (mahkamah) pun dah kenal.”

Mungkin ada hikmah apa yang terjadi. Selain menaikkan namanya, mungkin selepas ini dia boleh gunakan kapasiti itu untuk berdakwah dan menyampaikan yang baik-baik.”

Syed2

 

Tunggu emosi stabil untuk rancang kerjaya nyanyian, penjenamaan semula

Dia turut berkata, pihak pengurusan akan memberi ruang kepada yang  untuk pulih dari emosinya sebelum memikirkan kerjaya nyanyiannya.

Terdahulu, Syed telah melancarkan lagu barunya berjudul Ya Agmal Eyoun (Wahai Mata Cantik) di Youtube dan sehingga kini telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan.

Syed

Buat masa ini untuk kerjaya nyanyian dia kita tengok dulu keadaan emosinya. Pihak pengurusan memang ada rancangan untuk dia tapi bagi dia betul-betul stabil dan kembali bersemangat terlebih dulu.”

Selain itu, pihak pengurusan dan Aizat telah mengadakan perbincangan tentang penjenamaan semula nama Syed. Mereka turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan komen yang baik kepada Syed sepanjang 19 hari dalam tahanan remanan.

Baca: “Nak lepas rindu” – Pendakwah Selebriti Dilepaskan Dengan Ikat Jamin RM35 Ribu

Dai5

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.