in

“Naik satu jerawat pun dah memekak” – Kak KM ‘Buka Mulut’ Isu Anak Berhenti Kerja

ft kak KM nabila

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan dan pempengaruh Liana Rosli atau lebih mesra dengan gelaran Kak KM menjelaskan bahawa dirinya yang menyuruh anaknya iaitu Nabila Razman untuk berhenti kerja di awan biru biarpun tak sampai sebulan menempuh alam pekerjaan di Singapura.

Jelasnya kepada mStar Online, segala spekulasi yang mengatakan Nabila tidak lepas temu duga itu tidak benar sama sekali kerana dirinya yang sanggup membayar sekitar puluhan ribu ringgit  sebagai penalti kepada syarikat tersebut kerana melanggar kontrak.


Artikel berkaitan : “Cakap macam tak pakai ot*k” – Dituduh Tak Lepas Interview, Anak Kak KM ‘Sound’ Netizen

Artikel berkaitan : “Bukan dah hijrah ke?” –  Video Saiful Apek Berpeluk Dengan Kak KM Tarik Perhatian Netizen

“Kalau tak lepas interview anak Kak KM tak diberi tiket untuk pergi ke sana, tak diberi hotel, tak diberi makan, tak diberi segalanya. Kalau tak dipilih, mereka akan reject masa dekat KL lagi.”

Tegasnya lagi, jika permohonan anaknya ditolak, amat mustahil jika dia harus membayar penalti tersebut.

Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri ini mendedahkan bahawa punca dia meminta anaknya pulang ke pangkuan keluarga adalah disebabkan layanan buruk yang diberikan kepada anaknya.

Screenshot 2025 08 07 164736

“Anak dah 22 tahun, boleh cakap elok-elok kan? Manusia kan? Nak suruh apa-apa, cakap elok-elok, naik satu jerawat pun kau dah memekak, dah kenapa?

“Tak boleh lah macam tu. Macam kat KL juga, Kak KM akan check, kalau diaorang akan ada buli ke apa, berhenti! Tak payah kerja sana.”

Screenshot 2025 08 07 164831

Selain menegaskan bahawa dia yang menyuruh anaknya berhenti, Kak KM menjelaskan bahawa dia tidak sanggup melihat anaknya diperlekehkan.

Bahkan, Kak KM tidak menafikan bahawa Nabila kini berada dalam keadaan tertekan akibat kecaman orang ramai.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.