in

Nahas Kapal Evelyn Calisca Tenggelam Di Indonesia, Ini Video Penumpang Sebelum Kejadian

f4 kapal tenggelam di indonesia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Khamis lalu, kejadian sebuah bot laju yang membawa lebih kurang 74 orang penumpang yang tenggelam di Riau, Indonesia telah menggemparkan media sosial negara seberang.

Menurut Liputan 6, setakat ini, nahas bot tenggelam itu telah meragut 12 nyawa penumpang manakala seorang lagi orang penumpang masih hilang setakat Jumaat.


Ketika kejadian, bot laju yang dinamakan Kapal Evelyn Calisca-01 itu dalam perjalanan membawa penumpang dari pelabuhan di Tembilahan, sebuah bandar di Kabupaten Indragiri Hilir di Wilayah Riau ke bandar Tanjung Pinang.

12

Difahamkan, penumpang-penumpang tersebut dalam perjalanan pulang dari kampung halaman sempena hari raya Aidilfitri.

Setakat ini, punca kejadian bot tenggelam itu masih lagi dalam siasatan namun pihak operator kapal menafikan desas-desus bahawa kejadian berpunca daripada kapasiti penumpang yang berlebihan.

Namun, dalam masa yang sama, sebuah video yang dipercayai telah dirakam sebelum kejadian telah tular di TikTok.

13

Dalam video tersebut, dapat dilihat semua penumpang duduk di tempat masing-masing dan muzik dangdut yang agak kuat telah dimainkan.

@batamnews

Detik-detik Sebelum Speed Boat SB Evelyn Tujuan Tanjungpinang Terbalik di Pulau Burung Detik-detik sebelum kapal speed boat SB Evelyn Calisca 01 tenggelam terekam kamera. Pada saat itu para penumpang terlihat masih biasa. Tidak ada tanda-tanda cuaca buruk. Penumpang juga tidak terlalu padat. “Itu memang video sebelum kejadian. Ada adik saya yang duduk di pintu,” ujar Ikhsan, yang mengaku sebagai salah satu dari keluarga korban selamat kepada Batamnews. Menurutnya speed boat itu diduga menabrak kayu yang mengapung saat air surut. Ia meragukan speed boat tersebut kelebihan muatan. #batamnews #speeboatevelyn #kapalkaram #kapaltenggelam #speedboat #tanjungpinang #pulauburung #detikdetik #tiktokberita

♬ Breaking News Business Alternate 2 – Luecht, Friso

Dalam video yang sama juga, dapat kita lihat bahawa tiada tanda-tanda cuaca buruk di luar bot.

Ada pihak yang mengatakan kejadian tersebut dipercayai mungkin berlaku akibat terlanggar dengan kayu yang terapung ketika air surut.

Difahamkan, kapal Evelyn Calisca itu baru sahaja beroperasi selama dua bulan untuk perjalanan ulang-alik dari Tembilahan ke Tanjung Pinang.

Seramai 62 orang penumpang pula dilaporkan selamat, lapor Kumparan.com

Sumber: Kumparan.com, Liputan 6

Baca: Karam 111 Tahun Lalu, Ini 8 Fakta Tentang Titanic Korang Mungkin Tak Tahu

collage 12

Sumber: TribunBatam
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.