in

Nahas Jambatan Pulau Pinang : Pemandu Toyota Vios Sah Ambik Ganja!

Picture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu dua hari ni viral di media sosial video kemalangan di Jambatan Pulau Pinang yang melibatkan beberapa kenderaan.


Pelbagai spekulasi dan reaksi yang dilontarkan netizen berhubung insiden tersebut.

Namun keputusan yang dikeluarkan pihak polik hari ini menjawab segala persoalan mereka.

Menurut freemalaysiatoday, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan sebuah kenderaan lain terhumban di dalam laut awal pagi semalam, didapati positif dadah.

https://www.facebook.com/BernamaNewsChannel/videos/366374153920813/UzpfSTEwMDAwMzAwNjYxNjYwNToyMDM3MTU3NzQzMDYxMDkz/?esd=eyJlc2lkIjoiUzpfSTM0MzQ2NjQzOTczODI1Mjo0MDgyMDM5MjY1OTc4MzYiLCJwc2lkIjp7IjM0MzQ2NjQzOTczODI1Mjo0MDgyMDM5MjY1OTc4MzYiOiJVenBmU1RNME16UTJOalF6T1Rjek9ESTFNam8wTURneU1ETTVNalkxT1RjNE16WT0ifSwiY3JjdCI6InRleHQiLCJjc2lkIjoiMmI2ZGIwMWUzOTA0N2ZmYzVlY2M3MTk4ODQyYTU1ZTYifQ%3D%3D

Beliau berkata ujian saringan awal lelaki berusia 21 tahun yang juga pendandan rambut itu mendapati dia positif ganja.

“Polis telah menghantar sampel darah lelaki itu ke Jabatan Kimia untuk ujian lengkap bagi mengetahui kandungan alkohol dan dadah di dalam darahnya. Keputusan mengenainya dijangka diketahui dalam masa terdekat,”

Lelaki tersebut bagaimanapun selamat dalam kemalangan itu dan hanya mengalami kecederaan di kepala, kaki dan tangan.

“Pemandu Toyota Vios itu dirawat di Hospital Seberang Jaya dan dibenarkan pulang petang semalam, namun dia pengsan di rumahnya menyebabkan keluarga beliau menghantarnya ke hospital swasta untuk rawatan lanjut..”

Rupa-rupanya beliau mendedahkan pemandu kereta Toyota Vios dan mangsa yang terhumban ke dalam laut merupakan rakan sejak di sekolah rendah.

“Dua lelaki itu bersama 5 lagi rakan (lelaki) menghadiri majlis sambutan hari jadi seorang daripada kawan mereka di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia, di sini. Kesemua mereka pulang ke rumah masing-masing pada pukul 2.30 pagi.”

“Lima rakan mereka tinggal di bahagian pulau, manakala mangsa dan pemandu kereta Toyota Vios itu tinggal di kawasan Butterworth,”

Menurutnya ada dakwaan mengatakan kedua-dua pemandu tersebut sedang berlumba sebelum kemalangan berlaku, dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berdasarkan dakwaan tersebut.

Menurut sumber pasukan mencari dan menyelamat telah mengesan lokasi kedudukan kereta tersebut terjunam..semoga selesai cepat la SAR ni.

Akhirnya sudah di jumpai..Info kemalangan di jambatan pulau pinang… kereta sudah dijumpai oleh penyelam TLDM.. tahniah kepada pasukan penyelam TLDM polis marin dan anggota bomba.. Anda adalah WIRA.. bukan senang nak menyelam ke dasar laut dalam keadaan gelap dibawah..Video Amirul Ainul RTM

Posted by MMM Garage on Monday, January 21, 2019

Dalam kemalangan pukul 2.54 pagi itu, sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan lain menghala Perai, awal pagi semalam.

Pemandu kereta yang terhumban ke dalam laut itu adalah seorang lelaki dikenali sebagai Moey Yun Peng berusia 20 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta.

Berhati-hati di jalan raya, jauhi dadah! Beringatlah sebelum terkena.

Baca : Tak Kisah Basah Lencun, Cikgu Berbaju KRS Terus Terjun Dalam Parit Nak Selamatkan Mangsa Kemalangan

Cikgu Baik Hati

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.