in

“Myvi tunggu tepi jalan larikan suspek” – Suspek Utama Macau Scam Lari Panjat Pagar Bangunan SPRM, Rupanya Dibantu Dua Pengawal Peribadi

Datuk Feat

Kehilangan suspek utama Macau Scam dan pengubahan wang haram bergelar Datuk Seri dari bangunan ibu pejabat SPRM menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Malah, menurut Harian Metro, timbul tanda tanya bahawa suspek tersebut dilarikan atau dibantu oleh pihak tertentu.

 

Nampak ramai pegawai polis berkumpul, semua suspek taknak keluar

Terbaru, sumber SPRM berkata pada 11 Oktober lepas, 9 suspek yang dilepas reman telah dibawa balik ke pejabat SPRM untuk proses dokumentasi jaminan.

Sprm1

Namun, apabila tiba kesemua suspek enggan keluar dari kenderaan masing-masing selepas melihat ramai pegawai polis berkumpul di lobi utama.

“Ini menyebabkan kesemua suspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing. Ada di kalangan ahli keluarga suspek juga hadir untuk proses jaminan.”

“Terdapat kekecohan berlaku di lobi utama bangunan SPRM bila kesemua OKT (orang kena tahan) enggan turun dari kenderaan kerana kehadiran anggota polis yang ramai di lobi Ibu Pejabat SPRM.”

 

Datuk Seri dibantu dua pengawal peribadi untuk loloskan diri

Hasil perbincangan antara SPRM, polis dan peguam yang hadir, pihak polis akur dan bersetuju untuk menunggu di pintu utama luar pejabat SPRM.

Selesai proses dokumentasi jaminan, kesemua OKT dibebaskan dan mereka menaiki kenderaan masing-masing keluar dari ibu pejabat SPRM.

“Terdapat empat kenderaan model Velfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput suspek yang melarikan diri itu.”

“Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama ditahan polis dan suspek ditangkap semula polis. Walau bagaimana pun salah seorang seorang suspek yang telah dibebaskan dengan jaminan, diserahkan SPRM kepada peguam beliau.”

Datuk

Suspek itu kemudian masuk ke dalam Velfire bersama-sama dengan peguam, pengawal peribadinya dan juga pemandu. Bagaimanapun, ketika bergerak ke pagar utama dari pintu lobi, suspek telah dibantu dua pengawal peribadinya untuk memanjat pagar.

“Suspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.”

“Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis.”

“Apabila pihak polis menahan Velfire yang melalui pintu pagar utama, baru disedari suspek terbabit sudah melarikan diri. Hasil semakan CCTV mendapati suspek memanjat pagar dengan bantuan dua bodyguard (pengawal peribadi).”

Pagar

Sebuah kereta Perodua Myvi dilihat menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikan suspek.”

Wow macam dalam filem pulak…

Baca: “Ini mengundang keraguan” – Suspek Utama Macau Scam Hilang Lepas Dikatakan Lari Panjat Pagar, PPIM Tuntut Penjelasan PDRM & SPRM

Datuk Lompat

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: Twitter