Belakangan ini, banyak kemalangan ngeri yang dilaporkan di media sosial melibatkan kereta melanggar kereta yang lain. Lebih menyedihkan, kemalangan yang dilaporkan kebanyakannya mengorbankan nyawa pemandu yang meninggal di tempat kejadian.
Terbaru, satu lagi kemalangan ngeri dilaporkan membabitkan dua kenderaan berhampiran simpang masuk ke Kampung Klah Baru, Sungkai. Menurut sumber, kemalangan pada jam 11 pagi itu melibatkan sebuah kereta Proton Saga dan Perodua Myvi.
Kemalangan tersebut mengorbankan dua orang, Mohamed Tahir Junus, 64, dan Nor Aini Mohd Sam, 56, manakala pemandu kereta Perodua Myvi cedera parah dan dibawa di Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihak bomba menerima laporan berkenaan kemalangan ngeri tersebut pada pukul 11.04 pagi. Sejurus itu, sepasukan anggota dan pegawai bomba dikejarkan ke tempat kejadian.
Pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian terbabit. Pemandu dan penumpang kereta Proton Saga disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Berikut adalah video rakaman di lokasi kemalangan:
Sumber: Metro
BACA: Pemandu MYVI Sebabkan Kematian Anggota TLDM Bakal Didakwa 5 Pertuduhan