in

MySejahtera Perkenal Ciri Baharu, Memudahkan Ibu Hamil & Menyusukan Anak Bagi Urusan Vaksinasi

Fi Mss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi dalam satu sidang media khas, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, berkata ciri baharu aplikasi MySejahtera akan diperkenalkan pada hujung minggu ini.


Beliau menyatakan, ciri terbaru tersebut adalah untuk membantu mengenalpasti ibu hamil dan ibu menyusukan anak.

“Satu ciri baharu dalam MySejahtera akan diperkenalkan hujung minggu ini.

“Ibu hamil atau ibu menyusukan anak boleh mengenalpasti diri untuk janji temu diberikan kepada mereka bagi menerima vaksin,” katanya pada sidang media Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini

Beliau turut berkata, bahawa pemberian vaksin untuk golongan itu adalah disarankan untuk ibu yang sedang hamil antara 14 hingga 33 minggu usia kandungan.

Selain itu dia turut menambah, vaksin Pfizer adalah disyorkan kepada ibu hamil dan menyusu. Manakala vaksin Astrazenerca pula ketika ini hanya diberikan kepada ibu menyusu sahaja.

Khairy turut menyatakan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) akan bermesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan tentang vaksin AstraZenerca untuk diberi kepada ibu mengandung menurut Berita Harian.

“Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) akan bermesyuarat pada Khamis ini untuk menentukan jika vaksin jenis AstraZeneca boleh diberikan kepada ibu hamil juga,” katanya.

 

 

Baca : Tempahan Slot Vaksin Astrazaneca Untuk Individu 60 Tahun Kebawah Dibuka Esok

Kj3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.