in

“My life is miserable now” – Video Terakhir Lelaki Dilanggar Lori Lepas Rempuh Kilang Tular Di Media Sosial

Collage 15

Sebentar tadi tular berita mengenai seorang bekas pengurus di sebuah kilang di Ipoh telah merempuh masuk ke dalam tempat kerjanya menggunakan kereta sebelum membaling botol petrol.

Tindakan ini dipercayai dilakukan kerana lelaki ini berang diberhentikan kerja selepas tujuh tahun berkhidmat sebagai pengurus.

Menurut Harian Metro, selepas lelaki ini melakukan perbuatan tersebut, dia telah cuba melarikan diri namun maut selepas dilanggar treler ketika melintas jalan.

Dikatakan juga lelaki ini seolah-olah sengaja melintas jalan sebelum dia dilanggar, dan tak lama selepas itu, video lelaki ini menceritakan tentang tekanan yang dia hadapi di tempat kerjanya tular di media sosial.

123490589 659493784735753 4906612694163832934 O

Di dalam video tersebut, lelaki ini mengatakan selama tujuh tahun dia bekerja untuk syarikat itu, dia telah melaksanakan tugasannya dengan baik dan setiap tahun dia mendapat bonus dan insentif lain.

Tapi tahun ini, bonus yang diterima lambat dapat dan dia turut tak menerima insentif mahu pun kenaikan gaji.

Tak cukup dengan itu, lelaki ini turut digantung kerja kerana orang atasan mendakwa dia mempunyai masalah disiplin namun menurut lelaki ini dia telah dijadikan kambing hitam atas kegagalan produk syarikat itu.

Lelaki ini juga turut mengatakan dia telah membuat dua laporan polis terhadap majikannya dan membawa perkara ini kepada pihak atasan, ekoran layanan yang diterimanya.

Awak tahu tak macam mana tertekannya hidup saya sekarang? Tolong tengok kes saya dan berlaku adil. Kalau saya ada buat salah, beritahu. Saya sangat tertekan.”

Lelaki ini turut mendakwa ada unsur perkauman dalam syarikat ini kerana itu dia dan beberapa pekerja lain telah dibuang kerja.

Pun begitu, dalam video ini juga lelaki ini turut berterima kasih kepada beberapa rakan sekerjanya yang telah membantunya selama ini.

DUGAAN KEHILANGAN PEKERJAANMaklumat awal kemalangan maut pengurus sebuah kilang di Chemor berbangsa india (dikatakan…

Posted by Eswari Garg on Thursday, November 5, 2020

Selepas video ini tular, ramai netizen menghulurkan rasa simpati mereka terhadap perkara yang menimpa lelaki ini.

Ekoran kejadian ini, kilang tempat kerja lelaki ini telah mengalami kerugian sebanyak RM1 juta dan kes ini masih dalam siasatan polis.

 

Baca: Tidak Puas Hati Digantung Kerja, Bekas Pengurus Rempuh Kilang & Baling Petrol Sebelum Maut Dilanggar Treler

Kereta Langgar

Sumber: Facebook