Antara kelebihan bekerja sebagai nelayan ni ialah mereka dapat jumpa pelbagai jenis dan spesies ikan yang kita jarang temui. Kita pulak kena melawat ke Aquaria KLCC dulu, baru lah boleh nampak ikan-ikan rare ni berenang depan mata.
Buat nelayan udang karang dari Amerika Syarikat ini pula, dia telah menemui seekor ikan dari spesies pari ketika sedang menangkap lobster di Cape Cod Bay, Massachusetts baru-baru, lapor Daily Mail.
https://www.tiktok.com/@mafishguy/video/6971132858391956741?_d=secCgYIASAHKAESMgowTOPclgEonSTrlO1LXnUPNrpuyluya7HMU99yjgRDULYR7ZYvu%2BV5iThO74PnlFxXGgA%3D&checksum=4e5f4a77b62dd6041645828345fb7a5e47f5705a4f55446cfe3bbaa5c8a41207&language=en&mid=6971132739034696454&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA9uEog22maQ8tVSunMNl3htRVhLM9MD6rooLMeFy_GLUGMcvt8IA4vDofxjpAI4Bt&share_app_id=1180&share_item_id=6971132858391956741&share_link_id=A821E4D3-A8A8-4442-98E5-159BFEEB1E9A&source=h5_t×tamp=1624082440&tt_from=telegram&u_code=dcl39e6jjj9f7j&user_id=6835598812905260033&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6915782500375840258
Namun, nelayan yang dikenali sebagai mafishguy itu telah dikecam netizen terutamanya golongan pencinta haiwan sebab dia telah menggeletek ikan tersebut.
Lelaki itu pada mulanya telah merakam dan memuat naik video aksi menggeletek ikan pari itu di platform TikToknya. Dalam video terbabit, dia telah memakai sarung tangan sebelum menggeletek haiwan berkenaan. Ikan pari tu juga dilihat seperti tersenyum.
Apabila menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat ada netizen yang kata haiwan tu nampak comel je bila digeletek.
Walau bagaimanapun, ramai yang mengatakan walaupun ikan pari tu nampak macam tengah gelak ketika digeletek, ia sebenarnya tengah struggle untuk bernafas.
Namun, nelayan itu juga mengatakan bahawa kadang-kadang dia memang akan dapat ikan atau haiwan laut lain ketika menangkap lobster, tapi dia akan lepaskan semula kesemuanya ke laut.
Apa pendapat korang tentang isu nelayan ni?
Sumber: TikTok @mafishguy, Daily Mail