in

“Mungkin dia stress” – [VIDEO] Penjual Bundle Bengang Dengan ‘Buyer’ Sampai Koyakkan Baju

Bundle Mengamuk 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi adat berniaga, kadangkala kita dapat untung yang banyak dan kadangkala terpaksa menanggung rugi.



Jika anda perasan, kebelakangan ini makin ramai yang minat untuk berniaga pakaian terpakai atau lebih dikenali dengan nama pakaian bundle. Perniagaan bundle ini biasanya memerlukan peniaga membeli longgokan pakaian yang banyak dalam satu guni tanpa boleh dipilih. Memang betul-betul ikut nasib!

Dalam satu guni itu ada kemungkinan peniaga dapat pakaian yang berjenama dan rare, di situ mereka boleh menaikkan harga barangan tersebut.

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang peniaga bundle yang sedang membuat jualan secara live di laman Facebook miliknya, tiba-tiba mengamuk kerana ada pembeli yang meminta harga jauh lebih murah daripada yang ditawarkan.

@tembaktar

Ujian dalam mencari rezki .. allah nk bagi yg lebih baik.. bersyukur pada rezki allah.. #tiktokmalaysia #bundlemalaysia #sellermarah #fyp #fypシ

♬ original sound – tembaktar – 6 to 6

“Aku nak bakar semua baju, aku nak stop dah. Serabut bayar baju. Mereka nak harga murah, kita dah bagi.

Aku kena cari kerja lain lah, tak payah jual baju dah.” katanya.

Video yang dimuat naik semula di laman TikTok oleh @tembaktar itu, menunjukkan penjual tersebut membuka harga sehelai jaket sebelum mengamuk kerana ada yang meminta harga murah, dia kemudiannya menyepak dan membaling baju tersebut kerana marah.

Dia juga mengoyakkan sehelai t-shirt dengan berkata t-shirt tersebut tidak sepatutnya berharga RM80, dan sepatutnya harga baju tersebut jauh lebih mahal.

“Berniaga kena kental bro” 

Video tersebut mendapat tontonan lebih 500K serta hampir 3k komen, walaupun ramai yang kecam peniaga tersebut, ada juga netizen mengingatkan peniaga itu untuk bersabar kerana itulah lumrah peniaga bundle.

Mnga

Bertabahlah bang, itulah adat berniaga…

Baca: Lelaki Ini Beli Seluar Jean Bundle Dengan Harga RM15k, Demo Tak Kenal Bare!

Cover 10

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.