Mulai esok (25 November 2020), pengembara yang tiba dari Sabah hanya perlu jalani ujian pengesanan Covid-19 (swab test) 3 hari sebelum mereka berlepas. Melalui Twitter, KKM memaklumkan sekiranya pengembara ini positif ujian pengesanan Covid-19 atau bergejala, mereka tidak akan diberikan meneruskan perjalanan keluar dari negeri itu.
Menurut Sinar Harian, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Keselamatan Negara semalam selepas Sabah menunjukkan trend penurunan jangkitan baru berbanding Semenanjung terutamanya Lembah Klang.
Bagi yang positif, mereka akan dirujuk ke hospital untuk isolasi, rawatan dan pemantauan manakala bagi individu yang bergejala akan dirujuk menjalani pemeriksaan.”
Pengembara yang dibenar meneruskan perjalanan keluar dari Sabah akan melalui saringan demam dan gejala, pemeriksaan laporan ujian swab pengesanan Covid-19 serta diwajibkan penggunaan MySejahtera selepas di pintu masuk negara di semenanjung, Sarawak dan Labuan.”
Sekiranya mereka tidak bergejala dan laporan ujian makmal Covid-19 disahkan negatif, pengembara berkenaan tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.”
Mulai 25 November 2020, pengembara yang tiba dari Sabah hanya perlu menjalani swab ujian pengesanan #COVID19 tiga hari sebelum berlepas dari Sabah ke negeri lain di Malaysia.
Sekiranya mereka ini positif ujian pengesanan COVID-19 atau sekiranya bergejala, mereka tidak
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) November 24, 2020
Baca: PKPB Kelantan: Majlis Kahwin, Tunang & Resepsi TIDAK Dibenarkan