Keperluan untuk melakukan ujian pengesanan Covid-19 bagi mereka yang ingin melancong ke Langkawi bakal dihentikan mulai esok.
Perkara itu disahkan sendiri oleh oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas mengambil kira peratus pelancong yang dikesan positif Covid-19 semasa saringan yang sangat rendah, lapor Sinar Harian.
Pemberhentian keperluan menjalani ujian oleh pengembara ke Langkawi ini berkuatkuasa mulai Selasa.”
Tambahnya lagi, sebagai langkah untuk mengukuhkan tindakan kesihatan awam, pelancong bagaimanapun digalakkan untuk melakukan ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan.
“Ini bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada pelancong lain.”
Namun begitu, Khairy berkata, syarat wajib vaksinasi Covid-19 lengkap bagi semua pelancong dewasa masih kekal dan perlu dipatuhi.
“Bagi individu yang disahkan positif dan kontak rapat, serta sedang dalam tempoh pengasingan dan pemantauan adalah tidak dibenarkan melancong,” jelasnya.
Tambah beliau, mereka yang mengalami gejala seperti demam, batuk dan selesema juga dinasihatkan agar menangguhkan dahulu perjalanan.
“Keluarga Malaysia mesti bertanggungjawab dalam usaha mencegah penularan jangkitan Covid-19,” katanya.
Dalam pada itu, Khairy berkata, sehingga 10 Oktober lalu, seramai 54,341 pelancong sudah menjalani ujian pengesanan Covid-19.
Baca : 80 Peratus Remaja Dijangka Terima Vaksin Menjelang Januari 2022 – Khairy Jamaluddin