in

Mulai Esok, Hanya 10 Jenis Surat Ini Saja Boleh Diterima Pakai di Roadblock

Ft Suratkebenaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula esok, 8 Jun 2021, hanya 10 jenis surat kebenaran daripada agnesi dan kementerian sahaja yang boleh diterima pakai dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) seluruh negara. Menurut MalaysiaGazette, ia termasuklah surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).


Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyenaraikan semua jenis surat itu sebagai dokumen yang dibenarkan bagi menyokong hasrat kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga 14 Jun depan.

Miti5 1

Jika anda perlu keluar atas sesuatu urusan kerja, anda perlulah mempunyai surat kebenaran dari:

  1. MITI bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan
  2. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan
  3. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi sektor pertanian /perikanan / penternakan/perladangan dan komoditi. MAFI hanya akan mengeluarkan surat Pengesahan kepada pekebun kecil. Bagi yang mempunyai lesen di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI
  4. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi seperti kelapa sawit/getah atau sebagainya. Bagi pemegang permit dan lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM) seperti pekebun kecil, estet, nurseri, peniaga getah, pedagang dan pengilang getah boleh menggunakan surat pengesahan yang dikeluarkan oleh mpic atau lgm. Bagi pengilang pembuatan produk getah seperti sarung tangan surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI
  5. Bank Negara Malaysia (BNM) bagi sektor institusi kewangan/insurans
  6. Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang berkaitan sektor urusniaga saham
  7. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sektor peniaga kecil/penjaja gerai makanan/food truck. Pengeluaran lesen berniaga bagi pengurusan strata, sisa pepejal dan sanitasi surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI
  8. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi perkhidmatan telekomunikasi/media/pos/kurier dan penyiaran
  9. Kementerian Dalam Negeri (KDN) Semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi – agensi yang berada di bawahnya seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sebagainya akan diterima pakai bagi kebenaran pergerakan
  10. PDRM akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah peraturan rentas sempadan iaitu ziarah kematian, kecemasan dan bekerja sendiri

Acryl

Kata Acryl lagi, pihaknya diarah untuk hanya menerima surat pengesahan daripada kementerian atau agensi yang disenaraikan di atas sahaja. Selain itu, mereka yang bekerja sendiri hendaklah mendapatkan permohonan bergerak daripada polis secara one off.

Semua dokumen pengesahan seperti disenaraikan hendaklah bertarikh mulai 1 Jun 2021.”

Pihak yang tiada sebarang dokumen yang sah seperti di para 1 (10 jenis) atau telah tamat tempoh iaitu sebelum 1 Jun 2021 akan diarahkan berpatah balik.”

Sementara itu, bagi sektor yang tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu untuk ke tempat kerja bagi tujuan khusus, kebenaran PDRM hanya akan diberi secara one off iaitu bagi tempoh dua atau tiga hari sahaja dan surat pengesahan majikan perlu dikemukakan sebagai bukti.

“Bagi pengoperasian firma guaman dengan kakitangan seramai 20 peratus, surat akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui MITI (CIMS 3.0).”

“Bagi pengamal undang-undang yang perlu hadir ke mahkamah untuk mewakili anak guam dalam kes-kes yang baharu (reman Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah) hendaklah menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di SJR dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.”

 

Bagi yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau menunjukkan surat pengesahan palsu, akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Baca: Surat MITI Kini Perlu Ada Kod QR, Polis Boleh Tahu Sama Ada Ia Betul Atau Palsu

Ft Suratmiti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.