in

Mulai 1 Oktober 2021, Kedai Runcit Di Kuala Lumpur Tidak Lagi Dibenarkan Jual Minuman Keras

Ft Arak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memuktamadkan Garis Panduan (GP) dan Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras WPKL yang berkuatkuasa pada 15 November lalu.


Perkara itu telah pun dikongsikan menerusi Facebook mereka sejak semalam.

Menerusi perkongsian itu, DBKL turut menggariskan panduan seperti larangan menjual minuman beralkohol di beberapa premis di sekitar ibu kota.

Antara premis yang dilarang termasuklah kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai menjual ubat Cina bermula pada 1 Oktober 2021.

Menurut Garis Panduan itu, pelepasan diberikan kepada kedai yang menjual ubatan Cina yang menggunakan minuman keras sebagai tujuan ubatan tradisional.

“Untuk LMK  (minuman keras yang memabukkan) sedia ada di kedai runcit, serbaneka, ubat Cina, pembaharuan dibenarkan sehingga 30 September 2021 sahaja,”

Garis panduan baru itu bagaimanapun masih membenarkan bir dijual pada waktu tertentu iaitu dari jam 7 pagi hingga 9 malam.

Selepas jam 9 malam,ruangan minuman keras yang diletakkan berasingan daripada minuman lain perlu dikunci.

MAKLUMAN AWAMGaris Panduan dan Syarat permohonan Lesen Minuman Keras (liquor yang memabukkan) WPKL.DBKL telah…

Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Sunday, November 15, 2020

 

Antara garis panduan lain yang turut dikongsikan ialah bagi pembelian minuman ini yang terhad kepada pelanggan yang berusia 18 tahun.

Namun berbeza pula bagi hypermarket, pasar raya, bar, hotel dan pub yang masih membenarkan penjualan minum keras ini namun pembeli perlu berusia sekurang-kurangnya 21 tahun.

Garis panduan dilaksanakan selepas berunding dengan Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam Diraja, polis, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, pihak berkepentingan, dan NGO.

Kawal Penggunaan Produk Minuman Keras

Inisiatif tersebut diambil bagi mengawal akses dan produk minuman keras dalam kalangan warga kota.

Selain itu, penguatkuasaan ini juga bertujuan untuk memastikan dan keselamatan pengguna minuman beralkohol ini.

So macam mana korang rasa, inisiatif ni usaha yang baik ke tak?

Baca : [Video] Pemandu Mabuk Cari Gaduh, Tunjuk Jari Tengah Dekat Pegawai DBKL Lepas Dihalang Pandu Laju

Capture 8 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.