in

Mula-mula Marah, Tapi Ramai Netizen Puas Hati Tengok Video Murid Sekolah Agama Kena ‘Henyak’ Bila Dengar Perbualan Mereka

Belasah4

Viral dekat Twitter sejak beberapa hari lepas apabila video pelajar sekolah agama dibelasah teruk oleh rakan sekelas.

Jumlah retweet keseluruhan yang meraih hampir 20K itu mendapat perhatian warganet sebab ramai yang boleh dikatakan  puas hati bila melihat aksi pelajar tersebut. Kenapa pula?

 

“Mula-mula marah tapi bila fikir balik padan muka”

Tak dinafikan keganasan itu bukan lah satu jalan yang betul untuk menyelesaikan satu masalah dan sudah semestinya ia satu pebuatan yang amat besar kesalahannya di sekolah.

Tapi setiap kesabaran seseorang itu ada batasnya, bila diamati mereka betul-betul ada sebabnya juga kena pelajar tersebut melakukan tindakan sedemikian. Tengok video ni

Dalam video berdurasi 2 minit 20 saat ini dilihat murid tersebut baling kerusi kepada rakannya dan dibelasah berkali-kali.

Dalam perbualan itu, si pemukul dah lama sabar apabila nama ayahnya seringkali diejek oleh mangsa tersebut, kesabarannya telah sampai ke penghujung apabila ayahnya itu baru sahaja meninggal dunia.

Sampaikan orang keliling yang melihatnya rasa tergamam dan tak berani nak mendekati mereka untuk leraikan.

 

Mula-mula diam je, sampailah naik budak lelaki satu ni naik kepada cakap bukan-bukan

Dikatakan kejadian ini berlaku pada tahun 2016 pada waktu itu murid tersebut masih darjah 6 dan sekarang murid itu dah tingkatan empat.

Hal ini didedahkan oleh netizen yang dikatakan kawan kepada si pemukul itu.

Sekolahaama Sekolahaama2 Sekolahaama3 Sekolahaama4

Bagaimanapun, masih ada yang menyifatkan kelakuan si pemukul itu agak keterlaluan kerana boleh sahaja melaporkan kepada pihak atasan sekolah.

Tapi kalau dnegar elok-elok dan dibaca kisah orang terdekat, sudah semestinya rasa tercabar kesabaran kan?

 

Baca : “Ini baru nama jangan kejut harimau tidur” -; Netizen Puas Hati Bila Mangsa ‘Rembat’ Balik Pembuli Ni

Buli