in

“Muka lebam, tangan kaki terikat” – Ibu Bapa Biarkan Anak Autism Dalam Kandang Kambing Sepanjang Masa Pergi Kerja

Kandang3

Sepasang suami isteri dari Kulon Progo, Yogyakarta telah ditangkap polis akibat melakukan penganiayaan kepada anak kandung mereka sendiri yang berusia 10 tahun.

Mereka tergamak mengurung anak sendiri di kandang kambing di belakang rumahnya ketika mereka berdua tengah kerja. Lapor Kompas.com.

Perbuatan itu diketahui ketika jiran tetangga ternampak anak mereka itu di dalam kandang tersebut sebelum pergi membuat laporan polis.

Kandang

Ketika ditemui, polis menjelaskan anak malang itu dalam keadaan tangan dan kaki terikat, mempunyai luka lebam di bahagian badan, tangan melecet akibat ikatan dan dipenuhi dengan najis kambing.

Kandang2

Dalam pada itu, polis menjelaskan lagi punca mereka melakukan hal sedemikian adalah untuk memberi pengajaran kepada anaknya yang nakal yang suka rosakkan barang dan keluar rumah tanpa izin saat ditinggalkan ke rumah nenek kepada anak tersebut.

Lapor sumber lagi, anak berusia 10 tahun itu merupakan penghidap autisme.  Mangsa telahpun dihantar ke hospital dan kini sedang dirawat selama 21 hari. Ibu bapa itu telah ditahan dan berhadapan dengan hukuman penjara selama 5 tahun.

 

Baca : Lelaki Viralkan Gambar Wanita Kurung Anak Dalam Sangkar Untuk Beri Kesedaran, Sebaliknya.

Kurung

Sumber: Tribun
Sumber: Tribun