in

“Mudah merebak” – Temui Mutasi Covid 19, Belanda Sekat Penerbangan Dari UK

Ft Virus Uk 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja proses pemberian vaksin Covid-19 dilancarkan di United Kingdom (UK) awal bulan lalu, nampaknya mereka perlu lancarkan pencarian vaksin baru bagi menangani virus mutasi Covid-19 yang dikenali sebagai VUI-202012/01.

Virus mutasi tersebut dikesan di selatan dan timur England dikatakan lebih merbahaya kerana sifatnya yang sukar dikesan dan lebih mudah menjangkiti individu lain.

Setakat 13 Disember lalu, virus mutasi itu dipercayai telah menjangkiti seramai 1,108 individu.


Merbahaya betul ni, baru je terhasil dah jangkiti ramai orang!

 

Belanda ambil langkah berhati-hati

Susulan catatan kes virus mutasi yang semakin meningkat di UK, Belanda mengambil langkah berhati-hati dengan menyekat semua penerbangan dari negara itu, bermula jam 6 pagi semalam sehingga 1 Januari.

Capture 2 7 2

Kementerian Kesihatan Belanda juga turut mendakwa strain virus tersebut lebih mudah merebak serta sukar dikesan.

“Jangkitan bermutasi COVID-19 sedang menular di UK. Virus itu dikatakan lebih cepat dan mudah merebak serta sukar dikesan,”

Bimbang akan penularan tersebut, badan kesihatan awam Belanda menyarankan pengawalan dan mengehad kemasukan penumpang pesawat bagi mengelakkan berlakunya penyebaran mutasi virus tersebut.

Selain sekatan penerbangan dari UK, Kabinet Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bercadang untuk mengkaji semula semua pengangkutan daripada Britain lapor Berita Harian.

 

Sekatan penerbangan oleh negara Eropah

Lebih menyedihkan lagi buat UK, beberapa negara turut bercadang untuk mengambil keputusan yang sama bagi mengelakkan penyebaran mutasi virus tersebut.

Setakat ini negara Eropah yang dikatakan mengikut jejak langkah Belanda ialah, Jerman, Ireland, Itali, Austria, Romania, dan Belgium dengan memutuskan untuk menyekat perjalanan udara lapor Berita Harian.

Capture 1 12

 

Selain negara yang dinyatakan, sebanyak 27 buah negara Kesatuan Eropah turut mempertimbangkan sekatan perjalanan dari laut, darat dan kereta api ke atas Britain.

Walaubagaimanapun, menurut Penasihat Perubatan Bersama PHE, Dr Susan Hopkins, cara terbaik bagi menangani penyebaran virus ini ialah dengan mematuhi peraturan asas yang ditetapkan iaitu membasuh tangan dan menggunakan pelitup muka serta jaga jarak sosial.

Selain negara Eropah, semalam Arab Saudi turut mengambil langah berjaga-jaga dengan menutup laluan udara dan laut susulan tersebarnya berita mengenai mutasi virus di UK itu.

Sekatan tersebut dikatakan akan dilakukan selama semiggu, dan berkemungkinan akan ditambah bergantung kepada keadaan semasa.

Walaupun virus mutasi tu tidak ada di negara Asia, namun kita juga perlu lakukan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan patuh arahan SOP perlu diteruskan. Ingat ‘perang’ belum tamat!

 

Baca : ‘Kantoi’ Palsukan Dokumen Keputusan Ujian Covid-19, Doktor Klinik Swasta Di Rawang Buat Laporan Polis

Capture 3 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.