in

‘Kantoi’ Palsukan Dokumen Keputusan Ujian Covid-19, Doktor Klinik Swasta Di Rawang Buat Laporan Polis

Ft Covid Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini seorang doktor yang bertugas di sebuah klinik swasta di Rawang berjaya ‘menghidu’ kegiatan beberapa individu yang memalsukan dokumen keputusan Covid-19 yang telah dijalankan olehnya sebelum ini.


Susulan daripada ‘penemuan’ itu, dia telah pun bertindak untuk membuat laporan polis seperti yang dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini.

 

‘Hidu’ 20 kes pemalsuan keputusan Covid-19

Feat Covid Dr

Pengasas SP Care, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, mereka berjaya mengenal pasti bukan setakat satu malah hampir 20 kes pemalsuan keputusan Covid-19 tersebut.

Aduhai, negara sibuk berperang lawan Covid-19, mereka senang-senang pula buat tambah kes. 

Menurutnya, kliniknya itu mula membuat ujian Covid-19 sejak awal bulan April yang lalu. Bagi setiap individu yang menjalani ujian tersebut, keputusannya akan disalin pula ke dalam bentuk dokumen yang mempunyai maklumat individu serta nombor rujukan dari klinik tersebut.

Setiap individu mempunyai nombor rujukan yang berbeza. 

 

Tukar nama dalam dokumen dengan nama orang lain

Covid Kertas

Walau bagaimanapun, pihaknya berjaya mengesan terdapat aktiviti pemalsuan dokumen tersebut dimana beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah menukar nama individu yang terkandung dalam dokumen keputusan Covid-19 itu kepada nama orang lain.

Sebelum ini, Dr Prakash dikatakan telah membuat laporan polis sebanyak dua kali iaitu pada bulan Jun dan yang terbaru adalah pada minggu lepas. Menurutnya, pemalsuan keputusan Covid-19 itu merupakan ‘jenayah’ yang sangat serius dan tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh mengakibatkan lonjakan kes positif yang baru.

Kami harap kerajaan memberi perhatian khusus terhadap isu ini. 

Tambah Dr Prakash, sehingga kini pihaknya masih tidak pasti ‘dalang’ yang bertanggungjawab untuk memalsukan dokumen tersebut. Menurutnya lagi, dokumen klinik mereka yang dipalsukan hanya melibatkan pekerja-pekerja dari syarikat subkontraktor yang berurusan dengan pihak kerajaan atau swasta.

 

Hanya hantar beberapa pekerja, nak jimat kos 

Covid Dr

Dedah doktor itu lagi, kebanyakan dari syarikat ini telah diminta untuk membuat ujian kepada semua pekerja. Namun, syarikat tersebut hanya menghantar beberapa orang sahaja pekerjanya untuk membuat ujian Covid-19 di kliniknya.

Seterusnya memalsukan dokumen asal dengan memasukkan nama pekerja yang lain yang tidak membuat ujian. Dengan ini mereka mengurangkan kos ujian Covid-19.

Haih, kalau lah orang yang dipalsukan nama tu positif Covid-19, kan dah bertambah lagi kluster baru. 

 

Cipta sistem kod QR khas, elak pemalsuan dokumen

Sementara itu, Dr Prakash juga mendedahkan bahawa kini kliniknya telah pun mencipta satu sistem kod QR khas khusus untuk mengelakkan kejadian pemalsuan keputusan tersebut dari terus berlaku.

Setiap ujian Covid-19 yang akan dibuat di kliniknya akan disertakan sekali dengan kod QR khas tersebut dalam kertas keputusan.

Bagi pihak yang ingin memeriksa keputusan individu yang telah disaring itu, mereka hanya perlu mengimbas kod dan memasukkan nombor MyKad atau passport individu tersebut serta nombor rujukan dari klinik mereka.

Dengan adanya kod QR, keputusan itu tidak boleh dipalsukan. 

Baca: Pemilik Hospital Didakwa Keluarkan 6,300 Sijil ‘Bebas Covid-19’ Tanpa Jalankan Ujian Saringan

Baca Covid

Sumber: Malaysiakini
Sumber: Malaysiakini
Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.