in

Muat Naik Gambar Berdua, Naim Daniel & Iman Troye Siap Berbalas Emoji ‘Love’ Dekat Komen, Ada Apa-apa Ke?

Cats 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal penyanyi lagu Sumpah, iaitu Naim Daniel yang menjadi pujaan hati gadis-gadis? Dengar suara pun ada yang dah ‘cair’ katanya.


Sebelum ini, penyanyi tersebut pernah ada gossip dengan sorang lagi penyanyi yang baru popular dengan lagu Teman, iaitu Iman Troye atau nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabuddin. Tapi waktu netizen kecoh-kecoh cakap diorang ni ‘bercinta’, diorang berdua cuma menafikan dakwaan tersebut dan beritahu mereka tak ada hubungan yang istimewa pun. Katanya diorang anggap mereka berdua macam adik dan abang je.

Iman 1 1024X538 1

Betul ke cuma sekadar adik abang je ni? Sesuatu sangat tau.

 

Siap komen ‘love’

Tapi baru-baru ini, naik lagi satu gossip antara diorang berdua bila Naim Daniel ada muatnaik satu gambar dekat Instagram dua hari lepas yang menampakkan susuk tubuh lelaki dan perempuan dari belakang tengah berjalan bersama-sama. Perkongsian gambar tersebut mendapat hampir 90 ribu likes tau!

Walaupun tak nampak muka, tapi netizen ni kalau bab meneka memang laju je.

Tapi tak perlu berteka-teki sangat pun, sebab dekat gambar itu Naim ada tag Instagram Iman Troye dekat bahagian tangannya. Kenapa tangan ek? Untuk pimpin Iman Troye ke Jannah ke? Gittuuww.

Caption gambar tersebut pun ‘sesuatu’ tau sebab Naim letak emoji ‘love’ putih dan bukan itu sahaja, Iman pun ada komen dengan emoji ‘ love’ merah tau. Ada apa-apa ke ni?

Iyn

 

Peminat nak ‘unfollow’

Bila tengok komen yang ditinggalkan oleh Iman Troye itu, netizen mula mendakwa yang Naim dengan Iman tengah ‘bercinta’. Entah betul entah tidak, wallahualam.

Dekat ruangan komen juga, ramai peminat Naim Daniel yang patah hati kerana ‘jealous’ sebab artis pujaan mereka rapat dengan wanita lain lagi-lagi dengan penyanyi yang cantik jelita itu. Siap ada yang nak unfollow Naim Daniel weh!

Hg

Tapi sehingga kini, tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Naim Daniel dan Iman Troye tentang status hubungan mereka berdua. Tak apa, kita doakan yang baik-baik untuk diorang. Orang cakap kalau dah jodoh, takkan ke mana.

 

Sumber: Naim Daniel

Baca: “Sambil bermuzik sambil berdakwah”- Martabatkan Jawi , Naim Daniel Dapat Penghargaan Dewan Bahasa Pustaka

Capture 26

Sumber: Hot FM
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.