in

MP & ADUN Dibenarkan Rentas Daerah, Negeri Tapi Dilarang Buat Atau Hadir Sebarang Majlis

Ft Adun

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan bahawa ahli parlimen mahu pun ahli dewan undangan negeri dibenarkan untuk merentas sempadan daerah dan negeri bagi tujuan mengunjungi kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan itu, mereka tidak dibenarkan mengadakan atau menghadiri sebarang majlis sepanjang tempoh sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada hari ini.

Miti5

Berdasarkan SOP tersebut,

Ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri dibenarkan merentas negeri dan daerah untuk melawat kawasan masing-masing tanpa melaksanakan sebarang majlis.”

Menurut Malaysiakini, SOP terbaru itu berkuat kuasa disebabkan beberapa ahli politik terlibat dalam kontroversi selepas dilihat menghadiri upacara perkahwinan, ziarah Aidilfitri dan upacara keagamaan sebelum ini.

Majlis

Malah, ada ahli politik yang turut dikritik kerana terbang ke luar negara ketika sekatan rentas negeri dan daerah dikuatkuasakan untuk rakyat. Disebabkan hal ini, Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob mendesak agar polis mengenakan kompaun pelanggar SOP di lokasi kejadian tanpa mengira pangkat mahu pun status.

Baca: Surat MITI Kini Perlu Ada Kod QR, Polis Boleh Tahu Sama Ada Ia Betul Atau Palsu

Ft Suratmiti