in

MOTAC Lancar Kempen Mesra Malaysia, Hargai Komitmen Rakan Strategik Industri Pelancongan

Collage 6

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia  (MOTAC) hari ini melancarkan Kempen Mesra Malaysia sebagai inisiatif nasional bagi  memperkukuh budaya layanan mesra dan kualiti perkhidmatan industri pelancongan negara  sempena Visit Malaysia 2026 (VM2026). 

Majlis peluncuran yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan,  Seni dan Budaya di Zon Ketibaan ERL, KL Sentral turut menyaksikan penyampaian Plak Rakan  Strategik kepada agensi kerajaan dan pemain industri utama sebagai penghargaan atas sokongan  dan komitmen mereka dalam menjayakan agenda hospitaliti negara.

Kempen Mesra Malaysia memberi penekanan kepada amalan perkhidmatan sebenar dalam kalangan petugas barisan  hadapan termasuk sektor pengangkutan, hospitaliti, penerbangan dan pelancongan. 

Img 9908 Scaled

Kekuatan Malaysia terletak bukan sahaja pada kepelbagaian budaya, warisan makanan, seni dan  tradisi yang kaya, serta keindahan alam semula jadi dan kemudahan pengangkutan yang  menjadikan negara ini mudah diakses pelancong, tetapi yang paling signifikan ialah sikap rakyat  Malaysia yang mesra, beradab dan sentiasa bersedia membantu.

Nilai inilah yang menjadi identiti  nasional dan diperkukuh melalui Kempen Mesra Malaysia bagi memastikan setiap pelancong  bukan sekadar datang melawat, malah pulang dengan pengalaman yang positif dan bermakna. 

97C5D85A Eded 4451 B9Bc 7755052733Dc

Antara rakan strategik yang menerima pengiktirafan termasuk:

  • Kementerian Dalam Negeri
  • Kementerian Pengangkutan
  • Kementerian Kewangan
  • Malaysia Airports Holdings Berhad
  • Prasarana Malaysia Berhad
  • Grab Malaysia
  • Malaysia Aviation Group
  • Air Asia
  • Batik Air
  • Majlis  Pelancongan Pemandu Pelancong Malaysia (MTGC)
  • Persatuan Hotel Malaysia (MAH)
  • Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO)
  • Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia  (MyBHA)

Majlis turut menyaksikan penyampaian lencana (pin) Mesra Malaysia kepada wakil petugas  barisan hadapan pelbagai sektor sebagai simbol komitmen dalam mengamalkan nilai layanan  mesra di peringkat operasi, selain acara simbolik penampalan pelekat magnetik Kempen Mesra Malaysia ke atas kenderaan terlibat sebagai tanda pelaksanaan kempen secara langsung di  lapangan.

Bagi menyokong peluasan jangkauan kempen ini, pihak Grab Malaysia turut  menawarkan kerjasama strategik melalui penampalan pelekat Kempen Mesra Malaysia pada kenderaan e-hailing Grab sebagai medium promosi bergerak bagi memperluas hebahan dan  meningkatkan kesedaran awam terhadap kempen tersebut. 

Malaysia merekodkan 42.2 juta ketibaan pelawat pada tahun 2025, sekali gus menyediakan asas  kukuh bagi mencapai sasaran 47 juta pelawat di bawah Visit Malaysia 2026.