in

“Money can’t buy style” – Lelaki Pakai Pakaian Berjenama Tapi Kena Kecam Sebab Nampak ‘Murah’?

Page Baju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nak menggayakan sesuatu fesyen tu, gaya macam mana yang korang akan pertimbangkan untuk nampak sesuai?

Baru-baru ni telah tular di media sosial tentang satu video yang dikongsikan di TikTok milik @sifuwawa, mengenai seorang lelaki yang dilihatkan keluar menggayakan pakaian berjenama yang dipercayai lebih dari RM40 ribu!


@sifuwawa

My outfit today at Genting Highland.. over 40k..#viral #fyp #fypシ #foryou #foryoupage

♬ It’s All Coming Back To Me Now – JEENIE

“Fashion style kelaut”

Video yang mendapat tontonan lebih dari 2 juta itu telah mendapat perhatian orang ramai lebih-lebih lagi di bahagian komen malah ada juga yang kongsikan video tersebut di Twitter. Eh sebab apa pulak dah ni?

 

Ternyata, pemakaian lelaki itu dikatakan kelihatan murah walaupun jumlah keseluruhannya mahal ditambah pula dengan jenama-jenama yang dinyatakan di TikTok milik lelaki itu.

“Org2 kaya yg aq kenali xpernh pn bgtau dia pakai berapa harga..xbgitau pun org tgok dh tau org kaya yg ni..mmm nampak beseee – Komen netizen

Malah, rata-rata menasihati lelaki itu untuk mendalami gaya yang sesuai sekiranya mahu menampakkan pemakaiannya mahal seiring dengan harga yang telah dilaburkan kepada fesyen tersebut.

Komen Full 2

Komen 2 2

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan bahawa pemakaian lelaki itu masih boleh diperbaiki untuk digayakan dengan lebih baik, tak ketinggalan juga yang menyokong tindakan lelaki itu dengan menyatakan bahawa lelaki itu berhak untuk menggayakan sesuatu pemakaian.

Tak apa lah, mungkin itu je gaya dan style yang dia selesa untuk pakai bila keluar kan? Mana tau lepasni makin okay fesyen dia…

Baca: “All Black” – Warna Terang Antara 6 Fesyen Diramal Bakal Trending Pada Tahun 2022

Untitled 1 8

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.