in

5 Mitos Tentang Pembiayaan Peribadi Yang Anda Perlu Tahu

Ft Aeon Personal Financing Offer

Personal loan atau pembiayaan peribadi adalah topik yang sering menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat dan masing-masing akan ada pendapat serta pengalaman sendiri yang mendapatkan pembiayaan bagi memenuhi kehendak peribadi mereka dan keperluan lain.

Ada yang mendapatkan pembiayaan jangka pendek ini untuk pelbagai kegunaan. Ada yang gunakan untuk sambungkan pelajaran, melancong, mengubahsuai rumah, membuat perbelanjaan perubatan semasa dan lain-lain lagi.

Pinjaman peribadi pada dasarnya merupakan pinjaman jangka pendek, yang mana tempoh pembayaran balik adalah lebih pendek, antara satu hingga lima tahun dan merupakan cara yang pantas untuk mendapatkan wang tunai dengan segera.

Pinjaman Peribadi

Pun begitu, tak dinafikan terdapat pelbagai mitos yang berlegar dalam kalangan masyarakat bila kita bercakap mengenai pembiayaan peribadi ini. Antaranya :

Tak baik untuk kesihatan kewangan

Sekiranya korang sudah mempunyai beberapa pinjaman atau membayar kadar faedah yang tinggi, ia memang tak baik untuk kesihatan kewangan korang. Tetapi, sekiranya pembiayaan tersebut digunakan untuk penyatuan hutang, ia sedikit sebanyak akan mengurangkan jumlah faedah yang perlu dibayar.

Proses lama dan leceh

Ramai yang mengatakan proses untuk mendapatkan pembiayaan atau personal loan ni mengambil masa yang lama selain agak leceh kerana perlu menyediakan pelbagai dokumen.

Sebenarnya, sekarang ini proses untuk mendapatkan pembiayaan kewangan di mana-mana institusi ni dah mudah. Rata-rata bank dah tawarkan perkhidmatan ‘pantas’ atas talian dan boleh dikatakan maklumat yang diminta amat mudah, bergantung kepada ‘kekuatan’ kewangan korang sendiri.

Pinjam amaun maksimum terus

Hamzah Zainuddin Sanusi 1

Ada sesetengah akan berpegang pada perkara ini ketika memohon pembiayaan iaitu memohon jumlah maksimum dengan beranggapan mereka akan mempunyai duit lebih sekiranya memerlukan.

Sebenarnya, inilah salah satu kesalahan ketika nak mohon pembiayaan peribadi kerana ia akan memberikan kesan pada kemudian hari kerana pemohon tak mampu untuk membayar semula pinjaman tersebut dan akhirnya menjejaskan skor kredit.

Gaji besar & pendapatan tetap sahaja boleh mohon

Sebenarnya tanggapan ini salah ye tuan tuan dan puan puan. Menurut perkongsian Majalah Labur, memang pihak pemberi pinjaman akan lebih ‘suka; mereka yang bergaji tetap kerana peluang pembayaran semula adalah lebih tinggi.

Dalam masa yang sama, kini terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan pelbagai pinjaman peribadi bagi mereka yang berpendapatan tidak tetap atau berdasarkan komisyen cuma ada syarat-syarat tambahan akan dikenakan atau dokumen yang diminta akan lebih banyak.

Hanya boleh pinjam dari bank

Mitos yang paling terkenal adalah pembiayaan hanya boleh dibuat di bank dan sekiranya ditolak, mereka tidak ada pilihan lain.

Sebenarnya ada banyak lagi institusi yang berlesen dan sah di sisi undang-undang dan mereka juga ada menawarkan pembiayaan peribadi. Salah satu institusi bukan bank yang turut menawarkan pembiayaan peribadi ini adalah AEON Credit yang menawarkan sehingga RM100,000 dengan melalui Pembiayaan Peribadi AEON Credit.

Pembiayaan Peribadi AEON Credit

Acs Kv Personalfinancing Bm

Pembiayaan Peribadi daripada AEON Credit menawarkan pembiayaan minimum RM1,000 hingga RM100,000 kepada mereka yang layak dengan gaji minima RM1,500 dan pembiayaan ini boleh dimohon oleh mereka yang bergaji bulanan dan juga bekerja sendiri.

Ciri dan faedah yang ditawarkan termasuklah :

  • Kelulusan cepat dengan had kredit.
  • Bayaran bulanan serendah RM55 sebulan.
  • Pinjam sehingga RM 100,000.
  • Kadar faedah serendah 0.66% sebulan **
  • Tempoh pembayaran fleksibel sehingga 84 bulan.
  • Tidak perlukan penjamin, tiada cagaran dan tiada deposit keselamatan.
  • Berdasarkan konsep Shariah, Tawarruq

Sekarang ni, permohonan dengan ‘kelulusan serta merta‘ boleh dilakukan dengan adanya facial recognition yang disediakan atas talian dan paling menarik, ianya boleh dilakukan sepenuhnya atas talian dan dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Ada lagi satu feature yang diperkenalkan oleh pihak AEON Credit iaitu e-signature untuk melakukan pengeluaran pinjaman. E-tandatangan pada asasnya bermakna pemohon boleh menandatangani perjanjian melalui peranti sendiri di mana-mana sahaja. Oleh itu, prosesnya lebih mudah dan selamat. 

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan menurut laman web AEON Credit:

Ezgif.com Webp To Jpg 5

*Pun begitu, suka nak diingatkan yang kelulusan serta merta ni bergantung kepada terma dan syarat pihak AEON Credit lah.

** Kadar faedah akan bergantung kepada jumlah pinjaman yang dimohon.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan peribadi dari AEON Credit  ni, korang boleh teruskan pembacaan di laman web atau kalau ada yang berminat untuk dapatkan pembiayaan dengan bayaran bulanan serendah RM55 untuk digunakan sewaktu kecemasan dan sebagainya, boleh tengok tawaran terkini di sini.

Sumber: AEON Credit
Sumber: AEON