in

MITI Perjelas Tak Perlu Ada Cop, Hanya 2 Dokumen Ini Sahaja Untuk Pergi Kerja

Pkpmiti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wujud satu kekeliruan dalam kalangan netizen selepas Majlis Keselamatan Negara mula mengumumkan bahawa rakyat Malaysia tidak boleh rentas daerah jika tiada kebenaran polis.


Arahan itu akan mula dikuatkuasa bermula 10 Mei hingga 6 Jun 2021, lapor malaysiakini. Disebabkan itu, kekeliruan mula timbul apabila ada seorang netizen memaklumkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri  (MITI) bahawa polis menyatakan dia perlu mendapatkan cop polis walaupun dia memiliki surat syarikat.

 

Surat MITI untuk tujuan kerja tidak perlu dicop.

Disebabkan itu, MITI tampil memberikan respon dan memesan kepada pihak polis agar mereka yang ingin pergi bekerja tidak perlu mendapatkan keizinan polis.

Tambah MITI lagi, pergerakan rentas daerah atau negeri untuk tujuan kerja hanya memerlukan dua dokumen di bawah.

i) Surat kebenaran MITI (atau rujuk surat kebenaran yang dikeluarkan kementerian atau agensi yang berkenaan bagi sektor tertentu); DAN

ii) Pas pekerja ATAU surat majikan

Perkara itu dinyatakan oleh pihak MITI sendiri menerusi Twitter apabila ada lagi netizen yang keliru.

 

Baca : 6 Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan –  MITI

Azmin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.