in

Misteri Sumpahan Power Rangers! Para Pelakon Berdepan Tragedi Malang Seorang Demi Seorang

Featured 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mula ditayangkan pada 1993, Power Rangers sejak itu mula menjadi kegilaan khususnya kepada peminat cilik di seluruh dunia.


Dikenali sebagai pelindung bumi dalam melawan raksasa dan musuh jahat, Power Rangers acapkali disanjung sebagai perwira.

Namun ramai yang tak tahu, 14 individu yang terlibat dalam rancangan popular ini mengalami ‘kejadian malang’ selepas melakonkan siri kegemaran ramai ini.

Ini antara sumpahan yang berlaku ke atas pelakon-pelakon Power Rangers :

#1 Ricardo Medina Jr

Red20Power20Ranger 1489785832085 18391966 Ver1.0

Melakonkan watak Ranger Merah dalam Power Power Rangers Wild Force (2002) dan watak Decker dalam Power Rangers Samurai (2011) namun beberapa tahun kemudian Ricardo dituduh bunuh rakan sebilik dengan pedang.

Mengikut sumber, dia dikatakan berkelahi dengan rakan sebiliknya berkaitan teman wanitanya.

Rakan sebiliknya tu dikatakan pecahkan pintu bilik dan Ricardo terpaksa guna pedang samurai untuk pertahankan diri namun tak sangka ia berakhir dengan pembunuhan.

Dia dipenjarakan selama enam tahun akibat dakwaan tersebut.

 

#2 Erik Ray Frank

David Trueheart

Berlakon di dalam Power Rangers Zeo sebagai abang kepada watak Tommy Oliver (Ranger Hijau, dilakonkan Jason David Frank).

Untuk pengetahuan Erik Ray Frank merupakan abang kandung Jason David Frank. Namun tak sangka yang ia merupakan lakonan terakhir Erik.

Awesome Con Jason David Frank Banner

Dia dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit misteri pada usia 29 tahun. Namun teori sumpahan Power Rangers semakin diperkatakan selepas insiden ini.

 

#3 Thuy Trang

Edeerizxkaahkt8

Memegang watak sebagai Ranger Kuning dalan Mighty Morfin Power Rangers dan mahir dalam seni mempertahankan diri. Thuy berlakon dalam 80 episod bagi musim pertama dan kedua.

Namun kerjaya yang semakin meningkat naik ini terhenti bila dia dan rakan-rakannya pada tahun 2001 mengalami kemalangan yang dahsyat. Kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di kawasan pergunungan. Ketika itu usianya baru 27 tahun.

 

#4 Pua Magasiva

Bfdd94Cceeb56Fc4C7E3D20E525D77Ad

Pua memegang watak sebagai Red Wind Ranger dana Power Rangers Ninja Storm (2003).

Dia ditemui mati di rumahnya oleh pihak polis, bagaimanapun punca kematian tidak dapat dipastikan. Meninggal dunia pada usia 38 tahun.

 

#5 Machiko Soga

1390096154 Witchbandora

Jangan ingat sumpahan Power Rangers ini hanya berlaku kepada watak baik sahaja, sebaliknya watak jahat turut terkena tempiasnya.

Watak Rita Repulsa yang dilakonkan Machiko Soga pasti menjadi kebencian ramai akan perangai jahatnya dalam siri Power Rangers.

Namun untuk pengetahuan korang Soga pada 2005 mendedahkan yang dia bergelut dengan kanser pankreas selama 2 tahun sebelum dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir setahun kemudian pada usia 68 tahun.

 

#6 Zordon

0 Brgwp9Lnobaps8Md

Nampaknya Zordon yang mencipta Power Rangers juga tidak kebal sumpahan itu. Mesti ramai nak tahun siapa yang memegang watak ini kan.

Dari siri pertama pada tahun 1993 hingga 1998 individu yang membawa suara bagi watak Zordon ialah Robert L Manahan.

Dua tahun selepas meninggalkan Power Rangers, doa dikatakan meninggal dunia pada usia 43 tahun akibat sakit jantung.

Sumber : iluminasi

So apa pandangan korang? Betul ke ada sumpahan Power Rangers ni?

Baca : Doraemon tu kawan imaginasi dia; Kisah Sedih Watak Sebenar Nobita Penghidap Schizoprenia Sebelum Bunuh Diri?

Baca 13

Sumber: KARK
Sumber: gossipandgap
Sumber: twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.