in

Misteri Kediaman John Lawson: Cerita Di Sebalik Rumah Mannequin ‘Berhantu’

Page2 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Misteri rumah John Lawson merupakan antara misteri yang hingga sekarang masih belum terungkai. 


Untuk tempoh lebih kurang satu abad, kediaman John Lawson yang bertempat di New York, Amerika Syarikat dikenali ramai kerana satu sebab yang aneh: tiga buah patung mannequin ‘berhantu’ di depan rumah itu.

Patung mannequin ‘puaka’?

Biasanya patung-patung mannequin ini dilihat di kedai-kedai baju, di mana mereka akan meragakan pakaian yang dijual di kedai tersebut. Namun, wujudnya patung tersebut di laman rumah itu menjadi tanda tanya orang ramai.

Images

Sekali sekala, patung-patung itu juga dikatakan bertukar baju dan rambut palsu. Malah, ada juga orang yang mengatakan sesekali patung mannequin itu memegang peralatan rawak seperti buku, sangkar burung yang kosong dan penyapu, seakan-akan mencerminkan apa yang sedang mereka lakukan.

1 1

Menariknya, tidak pernah sekali pun terlihat jika ada individu yang mengalihkan patung-patung itu, membuat ramai orang tertanya-tanya jika patung-patung itu bergerak sendiri. Malah ada yang menganggap patung-patung itu ‘disumpah’ oleh sejarah di sebalik rumah itu.

Sejarah kediaman John Lawson

Dibina sejak 1845, Rumah John Lawson dikatakan sebagai salah satu rumah tertua yang dibina di jalan utama daerah New Hamburg, New York.

John Lawson House Today

John Lawson ialah orang yang membina rumah itu. Walau bagaimanapun, dia bukanlah orang yang bertanggungjawab mengalihkan patung-patung itu. Lelaki itu dikatakan berdarah keturunan salah satu keluarga penjajah yang pertama mengambil alih kawasan itu secara paksa.

Ketika ada pihak yang percaya patung itu cuba menyampaikan mesej atau memberikan petunjuk kepada sesuatu, ada jug yang beranggapan bahawa ia berkaitan kejadian yang pernah meragut nyawa puluhan orang tidak jauh dari situ satu ketika dahulu.

Tragedi Stesyen Kereta Api New Hamburg 1871

Pada musim sejuk tahun 1871, berlaku satu tragedi apabila sebuah kereta api terbabas di sekitar stesen kereta api New Hamburg, hanya 60 meter dari rumah itu.

Dalam kejadian itu sebuah kereta api membawa barang telah dikatakan rosak dalam perjalanannya dan tergelincir dari landasan. Ia mendarat di landasan arah utara dan telah melanggar sebuah kereta api ekspres penumpang arah utara.

1 11

Impak kepada kejadian menyebabkan satu kebakaran yang besar dan akhirnya meragut nyawa 22 orang. Menariknya, patung-patung mannequin itu didakwa sering ‘memandang’ ke arah kawasan lokasi nahas.

Enam tahun selepas itu, satu lagi tragedi menimpa kawasan perumahan itu apabila tujuh bangunan terlibat dalam satu kebakaran yang amat besar. Kejadian tahun 1877 itu telah menghapuskan kira-kira 7 buah bangunan di sekitar rumah John Lawson, namun kediaman itu kekal selamat.

Di mana patung mannequin itu sekarang?

Ketika rumah John Lawson masih lagi ‘dihuni’ boneka-boneka itu, orang ramai turut menyatakan mereka melihat cahaya kecil di dalam kediaman itu pada waktu malam, seperti ada yang menetap di situ.

John Lawson House Mannequins

Ada juga yang menambah patung mannequin itu tidak akan terlihat dalam keadaan hujan, menyatakan bahawa mereka perlu berteduh, sama seperti manusia.

Untuk masa sekarang, orang ramai tidak lagi menjumpai patung-patung ‘puaka’ itu di sekitar rumah John Lawson. Boneka itu dikatakan hilang secara tiba-tiba tanpa dilihat lagi sekitar tahun 2016. Hingga kini, tak ada seorang pun yang tahu keberadaan ‘mereka’.

Mana pergilah patung-patung tu agaknya, ya?

Sumber: All That Interesting, Indie88 dan The Occult Museum

Baca: Noura Al-Taqaqa : Penyanyi Popular Tahun 90-an Berhenti Secara Drastik Lepas ‘Perform’ Wedding Rumah

17 1

Sumber: Indie88
Sumber: Worthpoint

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.