in

Mira Filzah Buka Mulut Bila Dilabel ‘Cultural Appropriation Queen’

Mf5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Napaknya nama Mira Filzah disebut-sebut di media sosial sehingga menjadi trending di Twitter (setakat masa artikel ini ditulis).


Ia kerana wujud satu kontroversi apabila dirinya yang tampil dengan imej ala ratu Bollywood itu disalah tafsir oleh golongan-golongan yang berbangsa India dan menganggap bahawa ia merupakan satu cultural appropriation.

Ia membawa maksud tindakan mengambil atau menggunakan sesuatu dari budaya yang bukan milik kita, tanpa menunjukkan bahawa kita memahami atau menghormati budaya tersebut, sumber.

Cultural Appropriation Queen – Warganet

Beberapa hari lepas, Mira Filzah ada muat naik gambarnya di Instagram, menunjukkan dirinya berpakaian ala Bollywood bagi mempromosikan jenama kanta lekap yang berkolabrasi dengannya.

Tanpa diduga, ada pihak offended dengan cara pemakaiannya itu, kerana cultural appropriation, dan warganet itu mendakwa bahawa tujuannya adalah untuk meraih profit. 

Tweet itu telah meraih 2.1K perkongsian dan mendapat tentangan ramai netizen, jadi dia terus memberikan keterangan dalam satu thread.

Mf

Disebabkan penularan tweet tersebut jugalah ia sampai ke Mira Filzah, jadi heroin drama bersiri Sweet Dreams itu tampil memberi keterangan kepada wanita tersebut.

Katanya, dia begitu meminati Bollywood sejak dari kecil malah cukup minat dengan busana-busana yang dipakai oleh aktres Bollywood itu. Dah lama pendam hasrat untuk memakai busana ini cuma tidak ada masa dan tujuan yang sesuai untuk memakainya.

Oleh itu, disebabkan kanta lengkap berwarna itu jugalah ia memberi ilham untuk menggunakan konsep Bollywood kerana terkenangkan mata Ashwarya Rai.

Tambahnya lagi, ia bukanlah bertujuan untuk mendapatkan profit sepertimana yang didakwa sebelum memohon maaf kepada wanita tersebut jika ada yang tersinggung. Boleh baca selanjutnya kat bawah ni.

 

Tak ada niat nak dapat profit – Mira Filzah

Mf2 Mf3

Warganet tersebut pun akhirnya faham setelah mendapat keterangan daripada Mira Filzah sendiri. Dalam masa yang sama, ada juga memberi sedikit teguran buat Mira Filzah.

Mf4

Jadi, anggaplah isu ini dah selesai. Mungkin hanya berlaku sedikit salah faham sahaja. Mungkin boleh jadi panduan dan rujukan pada masa akan datang.

 

Baca : “Pihak lelaki sudah hantar rombongan merisik”- Mira Filzah & Wan Emir Astar Kahwin Oktober Ini?

Mira

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.