Setelah mendapat banyak teguran, nampaknya sejak akhir-akhir ini pengarah di Malaysia sudah berani menghasilkan karya di luar kotak. Tema yang mengangkat drama ini juga boleh tahan kontroversi.
Terbaru, sebuah drama terbitan Prokuya Studios bertajuk Demi Tuhan Aku Bersaksi katanya telah memilih tema isu gay di dalam pusat tahfiz. Namun belum lagi drama ini ditayangkan, ia telah mendapat tentangan hebat di Facebook.
“Tahfiz Gay! Apakah tu yang cuba disampaikan oleh drama Demi Tuhan Aku Bersaksi?”
Menerusi posting yang dikongsi seorang ustaz bernama Rohidzir, dia ternyata tidak bersetuju langsung dengan tindakan penerbit yang menghasilkan drama ini. Drama ini ternyata seperti memberi gambaran buruk kepada pusat tahfiz yang ada di Malaysia ini.
“Bagaimana RTM boleh meluluskan tema seperti ini?”
“Kalau bukan kita yang bersuara menjaga institusi pengajian agama Islam ini, siapa lagi?”
“Bodoh betul siapa buat cerita ni… tahfiz sebagai tempat pembawa al Quran kau orang mainkan”
Posting tersebut mendapat banyak kecaman daripada netizen yang ternyata memang tak menyokong langsung ia ditayangkan. Namun ada juga segelintir insan seni merasakan kisah ini sekadar cerita teladan buat semua.
Korang rasa macam mana? Wajarkah kisah ‘gay’ macam ni ditayangkan?
Baca: Jijik! Warden Didakwa Liwat Dan Cabul Pelajar Tahfiz Beberapa Kali Sebelum Kantoi Dan Larikan Diri