Rasanya isu selebriti wanita kita selalu terima mesej lucah atau ada individu minta gambar tidak senonoh macam bukan sesuatu yang baru kan?
Baru-baru ni Fatin Afeefa ada upload screenshot mesej daripada pengguna Instagram yang minta gambar lucah dia. Tapi netizen dekat Twitter semuanya terhibur dan terbahak dengan mesej orang tu.
Nak tau kenapa? Sebab dia dah lah pervert nak gambar tak elok dari wanita tapi boleh pula dia bermuqadimmah bagi salam! Apoooo…
Assalamualaikum. Boleh tak tunjuk buah dada.”

Menurut mStar, Fatin ketika dihubungi berkata dia selalu terima mesej macam tu namun memilih untuk tidak menghiraukan dan manganggap ia hanyalah usikan nakal dari peminat.
“Sebenarnya mesej lucah itu bukan kali pertama, sebelum ini pun banyak mesej lucah saya terima di laman sosial tapi tak kongsi sebabnya terlalu memalukan dan tidak sopan.
“Cumanya kali ni rasa lucu dengan individu itu yang memulakan permintaan pelik dengan memberi salam, jarang berlaku.”

Kata Fatin yang baru muncul dengan single pertama berjudul Satu Jam Saja, mesej lucah macam tu tiada apa-apa baginya sebab sebelum ni dia pernah berdepan dengan peminat fanatik.
“Sedangkan saya pernah berdepan dengan peminat fanatik yang lebih menakutkan, setakat mesej begitu tidak terlalu teruk bagi saya.”
Ramai netizen yang turut sama terhibur dengan mesej indivdu yang pakai akaun palsu dekat Instagram tu. Masing-masing cakap macam manalah dia boleh terfikir nak bagi salam dulu padahal niat sebenarnya nak minta benda tak elok.

Kira masa nak nakal pun dia masih ingat Allah lah ni…