in

“Minggu ni, otak saya kosong” – Sissy Iman Mohon Maaf, Minta Beri Masa & Ruang

Sissy Imann Healing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cerita mengenai peserta Famili Duo, Sissy Imann dan Naim Daniel masih lagi menjadi bualan ramai. Ia bermula gara-gara komen pedas juri rancangan tersebut, Mas Idayu yang dikatakan melampau sehingga mengganggu emosi Sissy Imann.


Sissy Imann yang merupakan pemuzik serba boleh itu melalui Instagram miliknya, memohon maaf kepada pasangannya Naim Daniel kerana beliau masih belum ada konsep dan idea untuk persembahan yang bakal diadakan Ahad ini.

Menerusi posting tersebut, Sissy Imann berkongsi kebiasaannya setiap hari Rabu sejak enam minggu lepas dia dan Naim Daniel akan sudah siap finalize persembahannya bagi rancangan Famili Duo itu namun minggu ini agak berbeza.

“Harinilah hari yang sepatutnya kita dah dapat audio dari music director selepas selesai practice dengan band yang selalunya hari isnin kita dah siap arrange form.

Tapi minggu ini, dalam otak saya kosong. Tak ada lagu. Tak ada visual,” tulisnya.

Selain itu, Sissy Imann juga meminta maaf kepada Naim Daniel kerana tidak menjawab panggilan serta meletakkan semua tanggungjawab kepadanya.

Namun, penyanyi muda itu berkata dia akan kembali cuma buat masa ini dia memerlukan masa dan ruang untuk dirinya.

Baca: “Tak mengapa, saya ada” – Pesanan Naim Daniel Kepada Sissy Imann Buat Ramai Tersentuh

Naim Daniel Sissy Imann

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.