in

#MH370: Genap 8 Tahun Hilang Dari Radar, Usaha Pencarian Akan Diteruskan Jika…

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 yang sepatutnya sampai di Beijing dari Kuala Lumpur ini telah hilang dari radar selepas melepasi ruang udara Laut China Selatan.


Hari ini, genap lapan tahun pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER masih belum ditemui dan kehilangannya kekal menjadi misteri.

Bersempena ulangtahun ke-8 ini, tanda pagar MH370 trending di Twitter di mana rata-rata netizen mendoakan agar keluarga kepada 239 penumpang dan krew kabin yang terlibat untuk terus kuat dan turut berharap agar misteri ini dapat diselesaikan segera.

Pencarian MH370 tidak diabaikan

Fntrtqoacaeuo0R

Manakala Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata sehingga kini kerajaan Malaysia masih belum berhenti mencari keberadaan pesawat MH370 ini.

Menurut NST, Wee Ka Siong berkata Malaysia perlukan bukti yang boleh dipercayai supaya boleh mengambil tindakan.

Kami hanya perlukan bukti yang boleh dipercayai sebelum melancarkan eskpedisi yang kita pasti boleh membuahkan hasil.

Jika maklumat tersebut boleh digunakan untuk mengenal pastik lokasi spesifik pesawat tersebut, kita akan mempertimbangkan untuk menubuhkan semula pasukan penyiasat dan operasi pencarian.”

Selamat2 1646711020

Sementara itu, Selamat Omar bapa kepada salah seorang penumpang Mohd Khairul Amri mengatakan sehingga kini dia dan keluarganya masih mendoakan agar anaknya itu dapat pulang dengan selamat, lapor NST.

Sejak 8 tahun lalu, beberapa serpihan yang ditemui di pelbagai lokasi didakwa dari kapal terbang yang hilang tapi tak ada bukti yang kukuh. Kami dah banyak dapat harapan palsu, jika betul serpihan tu dari pesawat (MH370), sedikit sebanyak ia dapat memberi jawapan kepada keluarga.

Kerajaan telah melakukan yang terbaik dan sekarang mereka perlukan bukti yang kukuh untuk teruskan pencarian. Saya harap kehilangan ini tak akan kekal menjadi misteri selama-lamanya.”

Semoga keluarga penumpang MH370 terus kuat dan tabah…

 

Baca: Peristiwa MH370: Australia Ketuai Misi Pencarian Semula MH370 Lepas 8 Tahun Menghilang

3Mh370

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.