“Mesti susah nak ngorat awek” – Ingatkan Anak Murid Sebab ‘Baby Face’, Rupanya Cikgu Sekolah Umur 22 Tahun!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dek kerana wajahnya seperti kanak-kanak, ramai yang tertipu dan salah sangka dengannya. Ian Francis Manga, 23, merupakan seorang guru dekat San Jose Del Monte, Bulacan di Filipina.

Ian yang diberi jolokan ‘baby face’ semakin popular di media sosial kerana kelihatan sebaya seperti anak-anak muridnya, lapor Nextshark.

Posted by Ian Francis Manga on Tuesday, August 13, 2019

Malah, ramai ibu bapa yang datang sekolah sering terkeliru dan menyangka Ian adalah salah seorang murid di sekolah tersebut.

Bagaimanapun, Ian tidak pernah mengambil hati dan bersikap profesional ketika berdepan dengan situasi sebegitu. Dia tahu perkara sebegitu akan berlaku kerana mukanya seperti kanak-kanak, apatah lagi dia mengajar di tadika dan sekolah rendah.

Sumber: Elite

Menurut Ian, suatu ketika dulu dia pernah diserang penyakit yang menyebabkan tumbesarannya terbantut dan menjadi lebih rendah daripada rakan-rakan seusia dengannya.

Ada beranggapan saya masih bersekolah dan menjerit dengan memanggil ‘budak kecil’. Bila mengetahui saya seorang guru, mereka berasa malu dan kagum.”

Saya juga suka bermain dengan anak murid malah dianggap abang.”

Sumber: Dunya News
Sumber: Hai Bunda

Ian yang mengikut jejak langkah ibunya sebagai warga pendidik berjaya lulus dalam peperiksaan lesen guru (LET) pada Mei lepas dan selepas graduasi dia terus menjadi guru.

Ibu seorang pendidik dan saya mahu ikut jejak langkah ibu mendidik anak bangsa.”

Walaupun perlu berhadapan dengan pelbagai rintangan, saya abaikan mereka malah membuktikan bahawa saya mampu lakukannya hingga berjaya.”

Sumber: Asia One
Sumber: Facebook

Rasa rasanya ada tak yang pernah cubit pipi dia sebab ingat dia budak budak?

Baca: “Siap bahasakan diri ‘abang’” – Baru Mengajar 5 Bulan, Cikgu Ni Dah Dapat 15 Surat Cinta Dari Murid

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!