Naik pentas untuk terima hadiah waktu di sekolah dulu adalah momen-momen yang paling awesome dalam sejarah hidup kita. Iye lah, satu sekolah tengok. Tapi kalau ada something silap berlaku waktu terima hadiah tu, momen awesome tu boleh tukar jadi peristiwa memalukan.
Itu lah yg dihadapi oleh seorang pelajar ini. Dah dapat hadiah, kemudian nak salam pemberi hadiah tu, tapi salamnya tak disambut. Cuba korang tengok video yang dikongsi oleh @shahmyzaim di akaun Twitter miliknya ni
Part dia salam tangan sendiri tu sumpah sedih HAHAHAHAHHAAH INGATKAN ORG HITAM JE TAK NAMPAK, ni yang putih pun org tak nampak pe cite😂😂😂 pic.twitter.com/vIs1AqULKy
— Z🇵🇸 (@shmyzm) May 5, 2019
Tangan sendiri pun boleh
Memang kreatif cara budak tu respon. Selamba je salam tangan sendiri. Yang bagi hadiah tu pun rasanya terlupa kot nak salam dengan budak tu. Iye lah ramai sangat yang nak kena bagi hadiah kan. Asal boleh je lah!
Kau ulang banyak kali pun tetap tak sambut juga tangan budak tu. Memang sah dah orang yang bagi hadiah tu tak nampak. Ke buat-buat tak nampak
Amboih ekstrim sangat sampai nak tangkap-tangkap tangan orang. Tapi betul juga, alang-alang dah malu tu, baik buat terus, biar betul-betul malu.
Ini skill yang orang biasa buat. Tapi setakat ini admin je yang selalu kena. Sedih pulak tiba-tiba
Memang epic lah kalau orang yang bagi hadiah tu pun play along. Korang budak-budak selalu kenakan aku kan, haa amik kau aku pulak kenakan korang.
Memang menganjing pun tu. Tapi kreatif weh cara dia cover. Baik punya
Lepas ni kita boleh try kot skill macam ni kalau ada orang tak sambut salam kita. Dari terkontang-kanting dekat situ baik salam tangan sendiri kan. Boleh try kejap lagi lepas solat terawih.
Baca: “Oops patah!” – Konon Nak Tunjuk Skill Tapi Tak Sengaja Patahkan Wiper Kereta Cikgu