in

“Messi nggak mati, dia punya uang” – [VIDEO] Menangis Messi Keluar Barcelona, Ibu Pujuk Anak Buat Netizen Geli Hati

Ft Ibu Pujuk Anak Nangis Sebab Messi Tinggal Barca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas 20 tahun atau 17 musim bersama kelab Barcelona Lionel Messi menamatkan kariernya apabila bintang Argentina itu tidak dapat mengatasi “halangan ekonomi dan struktur” untuk perjanjian baru. Melalui satu kenyataan daripada kelab gergasi Sepanyol itu berkata,


Walaupun perjanjian sudah dicapai antara FC Barcelona dan Leo Messi, ia tidak boleh direalisasikan kerana halangan ekonomi dan struktur.”

“Berdepan masalah itu, Lionel Messi tidak akan kekal di Barcelona. Kedua-dua pihak kesal bahawa harapan untuk kedua-dua pemain dan kelab tidak kesampaian. FC Barcelona sepenuh hati menyatakan penghargaan kepada pemain itu kerana sumbangannya kepada kelab dan mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depannnya dalam kehidupan peribadi dan profesionalnya.”

Messi Menangis Tinggal Barca

 

Peminat, penyokong seluruh dunia bersedih

Sudah tentunya peminat pemenang enam kali Ballon d’Or itu  dan penyokong Barcelona terkesan dengan berita ini.  Setiap penyokong tegar Messi di seluruh pelusuk dunia bersedih dengan pemergiannya dari Barcelona dan antaranya adalah lelaki dari Indonesia ini yang tidak dapat menahan sebak di dada selepas mendapat tahu berita itu.

Sebuah video viral di media sosial menunjukkan seorang ibu sedang cuba memujuk anak lelakinya yang sedang menangis teresak-esak di luar rumah mereka di Nusa Tenggara Timur. Menurut Coconuts, apabila ditanya anaknya memberitahu tidak dapat menahan kesedihan kerana Messi tidak akan lagi bermain untuk Barcelona.

Messi Lambai Peminat Barca

 

“Messi nggak mati, dia punya uang”

Melalui video 80 saat dirakam jirannya itu, ibu tersebut dilihat berkali-kali bertanya dan cuba menenangkan anak lelakinya yang sedang duduk sambil menangis. Walaupun pada mulanya dia seperti bingung dengan reaksi anaknya kerana menangis disebabkan hal sebegitu, namun ibu tersebut tidak mentertawakan sebaliknya dia tetap cuba menenangkannya.

Ada yang turut tersentuh kerana meskipun tidak tahu menahu tentang bola sepak, ibu itu tetap berusaha menenangkan anaknya. Melalui video itu dia didengari berkata,

Kenapa? Kelab tidak boleh ambil dia bermain lagi?”

Siapa yang tentukan? Kerana tidak suka dia (Messi)? Atau kesalahan apa?”

Namun responnya terhadap situasi itu membuatkan ramai warganet geli hati kerana apa yang dikatakan ibu tersebut tidak dijangka. Dengan niat mahu anaknya berhenti menangis disebabkan Messi, dia berkata,

Begini saja. Kira-kira keluar dari Barcelona, ini Messi mati kah? Messi nggak bisa mati, dia punya uang.”

Lepas, biar sudah. Tidak apa-apa.”

Comel sangat tengok gelagat ibu ini cuba pujuk anaknya. Walaupun apa yang dikatakan itu kelakar tapi dia sebenarnya betul-betul mencuba untuk tenangkan anaknya meskipun tidak tahu tenang sukan bola sepak.

Baca: Tindakan PSG Tempah Menara Eiffel Pada 10 Ogos Timbul Persoalan, Messi Ke Paris?

Cats 5

Sumber: Utusan
Sumber: NPR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.