Nama Kamal Haasan bukanlah calang-calang dalam industri filem Tamil atau Kollywood, beliau juga menempa nama hampir ke seluruh dunia dengan filem-filem seperti ‘Kuruthipunal’ (1995), ‘Indian’ (1996) dan ‘Hey Ram’ (2000).
Beliau juga melibatkan diri dalam produksi belakang tabir seperti menjadi voice actor, choreographer serta menjadi penulis bagi filem-filem karyanya.
Pelakon lagenda itu baru-baru ini bikin meriah di Nu Sentral, Kuala Lumpur untuk mempromosi filem terbarunya berjudul Vikram di mana beliau bergandingan dengan beberapa lagi ‘lejen’ Kollywood yang bakal menemui penonton 3 Jun ini.
When @ikamalhaasan sir entry NU Sentral??????#Vikram #Kamalhassan #Aandavar pic.twitter.com/oLTu6Q0779
— ??VERITHANAMANE THALAPATHY RASIGAN?? ᴸᴱᴼ (@thalapathyuyiru) May 29, 2022
Kawasan di sekitar Nu Sentral semalam juga dilaporkan sesak dengan ribuan peminat hero veteran itu, malah menurut beberapa portal filem antarabangsa, filem Vikram ini merupakan filem yang paling dinanti dan berada pada tangga teratas pencarian di beberapa laman sesawang filem seluruh dunia.
Dalam pada itu, Kamal Haasan juga sempat meluangkan masa bersama Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di mana mereka berbual panjang mengenai sejarah India serta ketegasan terhadap rasuah.
Mereka difahamkan bertemu dalam sebuah sesi makan tengah hari di sebuah tempat yang tidak dinyatakan.
PERTEMUAN BERSAMA KAMAL HAASAN
Hari ini bertemu tokoh dan superstar Kamal Haasan. Mengadakan diskusi yang panjang bersama beliau terutamanya tentang sejarah India dan persoalan tatakelola yang baik, serta ketegasan terhadap rasuah. pic.twitter.com/OALuMwPk2p
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) May 29, 2022
Menerusi laman Twitter miliknya, DSAI juga berkata beliau akan menghadiri premier filem Vikram pada 3 Jun ini.
Ada peminat Kamal Haasan tak dekat sini?
Baca: “Muka cina” – [VIDEO] Netizen Suka Tengok Lelaki Melayu Ini Fasih Cakap Bahasa Tamil