in

“Meremang doh!” – Cuba Dengar Macam Mana Lelaki Ini Kejut Rakannya Solat

Azan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seruan azan adalah laungan keramat untuk memanggil umat Islam mengerjakan solat. Laungan yang dilaungkan lima kali sehari ini juga menandakan masuknya waktu solat. Selalunya, azan dilaungkan di masjid atau di surau. Lain pula dengan posting kali ini.


Menerusi Twitter @firdauszulkhair, video berdurasi 15 saat itu menunjukkan seorang lelaki mengajak rakan-rakannya mengerjakan solat jumaat dengan melaungkan azan. Walaupun video tersebut hanya 15 saat, rata-rata netizen memberi pujian kepada pelantun suara azan tersebut kerana tersangat merdu. Cuba korang dengar sendiri.

https://twitter.com/firdauszulkhair/status/1114106570286067712?s=21

Merdunya suara…

Lantunan suara lelaki ini memang memukau. Lenggok azan yang seakan-akan azan dari Tanah haram itu memang memukau tidak kira siapa saja yang mendengarnya. Begitu juga netizen yang rata-rata ‘cair’ mendengar kelunakkan suara azan ini.

Screen Shot 2019 04 07 At 12.02.52 PmMemang merdu suara dia. Tak boleh disangkal lagi. Suara emas!

Screen Shot 2019 04 07 At 12.03.14 PmYa betul, dia azan untuk ajak kawan-kawan yang lain solat jumaat. Itu je cara paling efektif untuk ajak pergi solat. Confirm kelam-kabut lah tu, sebab ingat dah masuk waktu.

Screen Shot 2019 04 07 At 12.04.04 PmItulah yang kami cakap dari awal. Suara dia memang sedap., merdu, perfect, pitching tak lari.

 

Pemilik Suara

Mesti semua orang tertanya-tanya, siapakah pemilik suara yang merdu ini. Haa, pemilik suara ini, seperti yang dikongsikan oleh tuan punya tweet ini ialah; @ammar_mukhlis. Apa lagi, pergi lah follow twitter dia, memang sedap tau suara dia

Yqldcsgi 400X400

 

Bakat yang dikurniakan Tuhan ini seharusnya digunakan kepada jalan yang murni, semoga bermanfaat kepada sekalian alam. Contoh yang ditunjukkan oleh saudara Ammar ini seharusnya diikuti dengan memanfaatkan bakat dan kurniaan Tuhan untuk kebaikkan. Semoga lebih ramai yang akan ikut jejak langkah saudara! Serius, meremang doh dengar azan kau, bro!

 

Baca: “Bergenang airmata dengar azan ni” – Netizen Sayu Mendengar Laungan Azan Di- Otago New Zealand Sempena Solidariti Tragedi Berdarah Christchurch

Screen Shot 2019 04 07 At 12.26.52 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.