in

“Meremang bulu roma”- [VIDEO] Kanak-Kanak 2 Tahun Berlari Ketakutan Lepas Nampak Buaian Berhayun Sendiri

Cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak takut bila nampak objek yang tiba-tiba bergerak sendiri tanpa ada sesiapa yang gerakkan. Tak kisah siang atau malam, sememangnya kejadian misteri seperti ini mesti buat ramai tak sedap hati.


Pengalaman yang sama turut dirasai oleh seorang pemuda bernama Aiman Azmi yang secara tidak sengaja merakam detik-detik aneh yang berlaku ketika dia berada di taman permainan di kawasan tempat tinggal dia.

 

Tiba-tiba dia berlari ketakutan

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh lelaki ini di Tiktok, kelihatan dia bersama kanak-kanak kecil yang dipercayai anak saudaranya bernama Ary Syakur Syafiq yang berusia 2 tahun sedang bersiar-siar di taman permainan pada waktu petang yang mendung.

@aiman_azmi

Lemah jantung, ibu mengandung jangan lihat video nih ? #seram #fypシ #tiktokmalaysia

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Ketika sedang leka bermain, secara tiba-tiba kanak-kanak itu melarikan diri dengan wajah yang ketakutan. Dia pun pelik pada mulanya.

“Dia tiba-tiba lari dengan wajah ketakutan tanpa mempedulikan saya.”

Dfdfd

 

Buaian bergerak sendiri

Pada mulanya Aiman tak tahu kenapa anak saudaranya itu tiba-tiba berlari nak balik. Tapi dia mula sedar apa yang terjadi bila dia toleh ke belakang dan nampak dengan jelas ada buaian di taman permainan itu sedang berhayun dengan laju tanpa ada sesiapa yang menggerakkan.

“Masa dia tiba-tiba melarikan diri, telefon saya masih rakam dan bila saya pusing, saya nampak buaian di belakang berhayun laju.”

Page

Menyedari kejadian aneh itu, dia dan anak saudaranya terus pulang ke rumah.

 

Anak saudara sampai demam

Menurut mStar, Aiman beritahu yang anak saudaranya itu juga mengalami demam selepas beberapa hari kejadian itu berlaku tapi tiada apa-apa yang serius dan beranggapan mungkin dia cuma terkejut.

Sejak itu, dia tak pernah lagi ke taman permainan itu sebab risau perkara yang sama berulang.

Seram juga weh kalau tiba-tiba jadi kat kita. Selalunya nampak kat TV je.

 

Sumber: mStar, Aiman Azmi

Baca:”Pukul 2,3 pagi je gerak sendiri”- Lelaki Ini Kongsi Video Buaian Yang Goyang Secara Sendiri Rupanya Ada ‘Benda’ Yang Main

Njnj

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.