in

“Mereka tak tanya pun saya kaya atau miskin” – Penduduk PPR Taman Manggis Jawab Isu ’Kehidupan Mewah’nya

feat 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kekecohan tentang isu PPR Taman Manggis masih belum reda. Makin ramai pula orang yang campur tangan dan mula mendedahkan pelbagai cerita disebalik isu ini.

Antara yang terbaru, seorang pengguna Facebook, Ana Idriss mendedahkan tentang kehidupan ‘mewah’ seorang penduduk PPR yang ‘dihalau’ hanya kerana suaminya bukan warganegara.


Mana taknya, dalam posting Facebook ini, dapat dilihat kehidupan mewah wanita dengan nama Khalidah Nazir Ahmad pergi ke luar negara dengan menaiki “business class” untuk melancong ke beberapa negara. Kelas kau jahhh

https://www.facebook.com/anaidrissproperty/posts/363128804280076

Menurut MalayMail, apabila ditanya berkenaan perkara tersebut, Khalidah pada awalnya mengaku yang dia telah mengembara ke luar negara dengan menaiki business class bersama suaminya.

Tapi, itu pun kerana abangnya yang mempunyai kedai runcit telah memberikan mileage points kepadanya.

Tapi nak dijadikan cerita selepas beberapa jam, wanita ini tukar pula statement dengan menafikan semua perkara yang didedahkan tentangnya di media sosial. Eh, mana satu ni?

“Ini semua telah dicipta dan disebarkan oleh ‘keyboard warriors’. Mereka fitnah saya dan dalam Islam, mereka kena minta maaf atau jawab dengan Allah bila mereka mati nanti.”

Tak cukup dengan itu, dia berkata semua perkara tentang dirinya ini adalah hal peribadinya dan tak ada kena mengena dengan orang lain atau isu PPR.

Menurut cerita wanita itu, unit yang dia tinggal adalah ‘pampasan’ dari kerajaan bila dia kena berpindah 13 tahun lalu.

“Saya tak apply unit PPR Taman Manggis, ini adalah pampasan yang diberikan kepada saya. Semasa mereka berikan unit ini, mereka tak tanya pun saya kaya atau miskin.”

Khalidah adalah salah seorang dari lapan penghuni Taman Manggis yang diusir dan telah duduk di Komtar sejak Rabu lalu sebagai protes.

Bagaimanapun, hari ini, kerajaan negeri telah membenarkan penduduk untuk pergi semula ke unit mereka untuk mengambil barang peribadi. Tapi, mereka hanya diberikan masa tiga hari untuk berkemas dan pindah ke luar.

Namun, kumpulan ini menolak untuk kembali dan mengatakan yang mereka tak akan terima apa-apa tawaran selain dapat kembali tinggal di PPR secara kekal.

Kalau boleh, yang berkemampuan tu bagilah peluang keluarga lain yang tak mampu untuk duduk di PPR.

 

Baca: “Bila kena halau mulalah main isu bangsa, agama” – Ramai Penyewa Kantoi Sewakan Rumah PPR Di Mudah.my, Langgar Perjanjian PPRT”

Screenshot 2019 03 08 at 6.53.31 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.