in

“Mereka dibunuh, dirogol” – [VIDEO] Remaja US Buat Makeup Tutorial, ‘Condemn’ Kezaliman China Terhadap Muslim Uighur

Video Tiktok seorang remaja perempuan dari Amerika Syarikat baru-baru ini mendapat perhatian dan sokongan ramai. Melalui Twitter, video dari Feroza Aziz, 17, itu tersebar di pelbagai platform media sosial dan sehingga kini sudah mendapat lebih 1.5 juta tontonan.

Kononnya video itu dibuat untuk tutorial lentikkan bulu mata tapi lepas tu Feroza terus sambung dan bercakap tentang kezaliman China terhadap ramai orang Islam Uighur di sebuah kem tahanan dekat Xinjiang.

“Hi semua! Saya nak ajar bagaimana untuk dapatkan bulu mata yang panjang. Pertama sekali, kamu perlu ambil pelentik bulu mata, lentikkan bulu mata.”

Lepas itu kamu perlu letakkan alat ini, ambil telefon sekarang juga dan lihat (di internet) apa yang sedang berlaku di China.”

“Macam mana mereka (China) letakkan orang Islam tak bersalah di dalam kem tahanan, pisahkan mereka daripada keluarga masing-masing, culik, bunuh, rogol, paksa makan daging babi, paksa minum arak, paksa mereka tukar kepada agama lain – jika tidak mereka sudah pastinya akan dibunuh.”

Orang yang dicampakkan ke kem tahanan ini tidak dibiarkan hidup. Ini adalah Holocaust, tapi tiada sesiapa yang ambil kisah. Tolonglah sedar. Tolong sebarkan kesedaran.”

Pada hari yang sama video itu dimuat naik, 25 November lepas, akaun Tiktok Feroza telah digantung kerana melanggar Community Guidelines. Seperti yang kita tahu, Tiktok berasal dari China jadi Feroza berkata mereka sengaja tidak mahu kekejaman itu disebarkan.

China takut jika kebenaran disebarkan. Mari kita terus takutkan mereka dan sebarkan kebenaran. Selamatkan orang Islam.”

Sehingga kini, China menafikan perkara ini dan berkata kem itu bukan digunakan untuk menyeksa orang Islam di sana sebaliknya atas tujuan pendidikan.

Doakan umat Islam di sana…

Baca: “Kena paksa sembah ketua komunis” – Komik Kisah Penyeksaan Kejam Wanita Uighur Ini Sentuh Hati Dunia