Macam-macam perkara yang mungkin di luar fikiran kita berlaku dan dikongsikan di media sosial sehingga menjadi tanda tanya ramai orang bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.
Bukan di luar negara sahaja, malah ia turut berlaku di dalam Malaysia apabila banyak kejadian-kejadian aneh berlaku sampai tak terfikir dek akal untuk kita ungkapkan. Maklumlah manusia kan banyak pelbagai ragam.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan satu kejadian yang boleh dikatakan pelik berlaku di Australia yang membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta Honda dan Mercedes dan tercetus tanda tanya ramai netizen di sana.
Kereta Honda melambung atas Mercedes, netizen cetus tanda tanya bagaimana kejadian boleh berlaku
Sebuah video yang berdurasi 29 saat itu telah dikongsikan di TikTok, memaparkan kejadian dimana sebuah kereta Honda telah melambung di atas kereta Mercedes yang diparkir di sebuah kawasan tempat letak kereta di Sydney, Australia.
@cometohim777 Replying to @Jade Harward
“Jauhi daripada kereta itu Mike!”
Apa punca kejadian itu berlaku?
Polis percaya pemandu Honda Civic itu melanggar pintu pagar yang menyebabkan kenderaan itu melambung di atas kereta Mercedes. Dalam kejadian itu, anggota-anggota paramedik merawat seorang lelaki berusia 50-an sebelum dia dibawa ke sebuah hospital.
Mangsa difahamkan hanya mengalami kecederaan yang ringan sahaja dan akan disiasat lebih lanjut mengenai dengan apa kejadian yang berlaku.
Netizen awalnya cetus tanda tanya bagaimana boleh melambung sampai begitu
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mencetuskan tanda tanya macam mana kenderaan tersebut boleh melambung sedemikian. Ada juga yang terhibur dengan kejadian tersebut berlaku dan mengatakan bahawa hukum fizik juga sukar untuk menerangkan keadaan ini boleh berlaku. Hahaha!
“Kepala saya sakit fikir macam mana kereta tu boleh ada dekat atas.”
“Macam mana kereta itu ada di posisi sebegitu. Tarik lesen dia!”
“Ilmu fizik apa ini”
“Bagaimana perkara ini mustahil?”
Min pun terfikir juga macam mana boleh sampai ke situ…
Baca: 7 Benda Yang Anda Tidak Boleh Simpan Di Dalam Kereta, Ramai Buat Tapi Tak Tahu Kesan!