in

Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof Positif Covid-19

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kerja Raya mengumumkan yang menterinya Dato’ Sri Fadillah Yusof telah disahkan positif selepas mengambil ujian saringan pagi tadi.


Menurut FMT, Fadillah Yusof kini berada dalam keadaan stabil serta tak mempunyai apa-apa simptom dan akan menjalani kuarantin di rumah.

Tambah kementerian itu lagi, dari semasa ke semasa Fadillah akan menjalani ujian saringan Covid-19 dan sehingga 3 Jun lalu dia telah didapati negatif.

196655529 4246249832081167 3462755888731554177 N

Sepanjang tempoh kuarantin, Dato’ Sri Fadillah akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar.”

Untuk pengetahuan korang, menteri terakhir yang disahkan positif Covid-19 merupakan Saifuddin Abdullah pada April lalu dan dilaporkan telah pun sembuh.

Pada Januari lalu pula, beberapa menteri telah dijangkiti virus ini termasuk Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mustapa Mohamed, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun dan Menteri Perpaduan Nasional Halimah Sadique.

Rata-rata netizen mendoakan agar Fadillah Yusof cepat sihat dan dapat menjalankan tugasnya kembali seperti biasa.

 

Baca: Dakwaan 13 Menteri Positif Covid-19 Adalah Palsu – DS Ismail Sabri

Screenshot 2021 06 11 At 5.21.37 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.